Thursday, November 25, 2010

SEKILAS PANDANG SEORANG KETUA

Author: Muhammad Ikram b Ishak
 
 
بسم الله الرحمن الرحيم
Seputar masa..

Tanggal 26 November ini mungkin menjadi detik bersejarah bagi warga mansurah khususnya mahasiswa sains kesihatan. Alhamdulillah sesi pemilihan tahun ini menggunakan konsep dan sistem baru. Iaitu ala-ala pilihanraya di Malaysia. Satu langkah yang bijak bagi menutup ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Banyak pro n cons yang dapat kita lihat,lebih-lebih lagi JPC mansurah menjadi perintis permulaan gerak kerja berbanding dengan cawangan2 lain.

Tidak kurang juga yang memandang sinis bagi calon2 yang menandatangan borang untuk bertanding. "tak malu ke diorang nak bertanding?" "nak mencapub ke ape diorang ni" "study2 sudahlah" dan macam2 lagi yang boleh kita dengar. Satu lagi pandangan yg cetek dizahirkan oleh mahasiswa. Pandangan beginikah yang hendak menjadi harta intelek negara?. Merenung jauh saya,cuba merungkai segala persoalan.

Bagi saya mereka tidak lain tidak bukan tergolong dalam individu2 yang digerakkan hati mereka untuk rasa tanggungjawab kepada rakan2 mereka. Tidak lebih untuk menjaga kebajikan sesama sendiri. Mereka sanggup meletakkan beban yang mana tidak ramai orang yang mahu memikulnya. Rasanya seorang pun tidak ada yang dibayar gaji sepanjang perkhidmatan mereka bersama PCM bahkan terpaksa mengorbankan masa,wang,tenaga dan banyak lagi.

Jikalau mereka hamba yang ikhlas,hanya satu dalam hati mereka, iaitu kerana ALLAH. Kerana sesungguhnya pahala dan rahmat itu adalah jauh lebih tinggi dan tiada bandingnya dengan yang lain. Rasa amanah dan tanggunjawab terhadap agama ALLAH tertusuk disanubari mereka!
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali Imron: 110)


Saya juga merasa tempias,sikit sebanyak mengingatkan saya kembali pada sesi lepas, bagaimana sesi kempen dijalankan. Pelbagai isu yang timbul dan saya harapkan pada kali ini ALLAH mudahkan segalanya.

Dua calon, dua pembawakan berbeza...

Kalau dilihat pada kali ini, kedua2 calon pengerusi merupakan individu yang mempunyai kelebihan masing2. Masing2 sudah mengeluarkan manifesto iaitu 3K bagi Azizi dan 3R bagi Ashraf. Kedua2nya juga sudah tentu mempunyai prinsip yang berbeza. Adalah tidak adil jika kita menghukum hanya dengan sekilas pandang.

Ashraf atau nama hensemnya Bullet sudah tentu ramai yang mengenalinya,seorang pelajar yang cemerlang akademiknya tidak kurang hensem lagi tampan. Tidak dinafikan idea pembaharuan yang dibawa beliau banyak menjentik telinga2 yang tidak pernah pun mengambil kisah berkenaan dengan PCM sebelum ini. Tahniah buat bullet kerana berjaya menimbulkan kesedaran kita semua. Beliau sempat berjumpa dengan saya pada hari terakhir penghantaran borang calon, seraya beliau berkata : " Abe jangan terkejut sapa calon pengerusi sorang lagi ".

Agak terpinga2 juga saya dibuatnya. Hati terdetik dan tertanya2 siapakah gerangannya yang sanggup memikul amanah sebagai pengerusi jika ditakdirkan. Sempat juga saya berkata, alhamdulillah,baguslah. Ruang terbuka luas untuk sesiapa sahaja. Bukan satu dominasi dan ianya terbukti!

Siapa Cadangan Saya?

Azizi Md Jusoh. Beliaulah yang saya cadangkan untuk mengisi kerusi pengerusi. Seorang exco yang berperwatakan sederhana dan amat baik akhlaknya. Sesuai juga dijadikan sebagai menantu dan calon suami. Ingat,jangan kita nafikan yang faktor akhlak dan sahsiahlah yang menjadi tunjang pada seorang pemimpin, itupun jika kita membuka kembali lembaran sirah Rasulullah. Walaupun begitu saya tidak sehebat beliau. Akhlak dengan ALLAH dan makhluk2 lainnya. Jiwa yang bersih dan akhlak yg baik akan memacu seseorang pemimpin disamping beberapa faktor sampingan yang lain.

Kenapa saya tidak mencadangkan saudara Hanif Mahamud? Beliau seperti mana yang diketahui merupakan orang paling kanan saya dalam PCM. Banyak suara2 yang lalu ditepi telinga saya bertanya, kenapa azizi dan bukannya hanif. Kalau diikutkan logik dan munasabahnya tentulah hanif.

Sebagai seorang ketua, saya mempunyai pandangan yang berbeza. Kekananan(betul ke?) @ hirarki jawatan bukanlah penentu untuk menjadi pengerusi. Dalam masa yang sama, pengalaman tidak boleh dipandang enteng kerana ia merupakan aset yang berharga mengepalai sesuatu organisasi. Sepanjang setahun mengemudi PCM dan banyak berurusan dengan semua exco yang ada termasuk hanif membuka minda saya.

Azizi mempunyai satu aura yang tersendiri yang menyebabkan saya mencadangnya. Sentiasa mempunyai idea yang agak berlainan dengan exco2 lain. Idea yang sentiasa segar. Tidak kurang dengan hujah yang kukuh untuk menolak dan menyokong setiap idea yang diberi. Kadang2 membuat saya sendiri terpegun. Bukan untuk memuja-muja tapi sekadar perkongsian pengalaman yang sempat saya kutip.

Beliau juga tenang dan tidak menggelabah apabila sesuatu masalah timbul, apatah lagi berasa serabut. Berperwatakan tenang, sesuai dipanggil Mr Cool sebagaimana yang dicanangkan. Dalam masa yang sama dapat menyelesaikan masalah dengan bijak dan pantas. Menurut pengalaman saya, ketenangan amat2 diperlukan bagi seorang pengerusi kerana masalah yang timbul akan mengganggu segala kerja apatah lagi pelajaran. Bebanan kerja kadang2 merisaukan diri. Bukan semua orang yang mampu menghadapi semua cabaran ini. Bagi yang xpernah memegang posisi ini, anda mungkin senang berkata2 dan melemparkan tohmahan, anda tidak akan merasai keperitannya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Sejak kempen bermula, bermacam2 yang saya dengar. Adalah tidak adil bagi pandangan saya jika orang mengatakan jika Azizi menjadi pengerusi, beliau akan membawa pembawakan yang sama dengan saya. Dari manakah sahabat2 semua mengambil tekaan ini?Adakah sahabat2 semua pernah bekerja dengan beliau? Jangan cepat membuat andaian jika kita xpasti.

Pengalaman saya sudah cukup untuk menjadi bukti bagi diri saya dan sahabat2 semua. Beliau jauh kehadapan dalam pemikiran. Amat berlawanan dengan saya. Percanggahan pendapat yang kerap ketika bermesyuarat dan idea2 yang berlainan dengan saya mampu menolak semua kata2 orang. Azizi adalah Azizi dan Azizi bukannya saya. Sudah tentu beliau mempunyai visi dan misi yang berbeza dari saya untuk memantapkan PCM. Saya dapat menjangkakan yang beliau akan membawa angin segar dan perubahan dalam PCM!.

Sebagaimana Tun Abdullah memberi kepercayaan beliau kepada Dato' Seri Najib, begitu juga saya memberi kepercayaan saya kepada Azizi. Sesungguhnya seorang ketua mampu melihat kemampuan dan kelebihan orang bawahannya!

Moga2 ALLAH memberi yang terbaik untuk semua. Ingatlah wahai calon2..Ikhlaskanlah niat kamu untuk menolong sekiranya diberikan amanah. Pahit getir hidup dan pengorbanan! bak lagu Ella..Diharapkan semua dapat turun mengundi pada Jumaat ini..

(Aku nak lihat jgk perubahan dalam PCM..Sejak dulu lagi pengerusinya ditakdirkan tinggal di samanoudi.. Syafi dkt blok c, Izzat Kamal dan Saya berhampiran Masjid samanudi. Tidak lupa juga Calon pengerusi Bullet.. Jadi aku nak perubahan,nak undi Azizi kerana beliau tinggal di syari' Hasan Said..)Jenaka seorang sahabat yang saya dengar..selingan sahaja..


Akhir sekali, maaf dari saya kerana lambat meluahkan pendapat kerana akhir2 ini agak sibuk. Serentak EXM + MTC + HAL RUMAH TANGGA. Moga2 berlalu dengan jayanya..


p/s : entry saya yang lepas berkenaan pilihanraya tahun lepas..xde orang baca rasanya..panjang..bagi sesiapa yang nak memahami amanah dan kepimpinan sila baca la ye..


http://siroubi.blogspot.com/

Wednesday, November 24, 2010

Pilihanraya PCM : Semboyan untuk ahli


Salam perjuangan,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dan keampunan dipanjatkan ke hadrat-Nya, masih bernyawa lagi dalam ni’mat dan limpah kurnia Iman dan Islam. Semoga terus konsisten memegang amanah ini sehingga ajal menjemput tiba.

Masyaallah!
Saya berasa sungguh terkesan dengan komitmen dan ke-peduli-an sahabat-sahabat dalam PCM menjelang pilihanraya cawangan Mansurah tidak lama lagi. Seperti yang semua maklum, calon-calon yang akan akan bertanding sudahpun direleasekan, melimpahi kerusi-kerusi yang ada untuk membentuk saf kepimpinan PCM bagi sessi akan datang. Agak terkejut sebenarnya, dengan sistem pemilihan baru yang mana memberi peluang kepada semua ahli untuk sukarela menawarkan diri, saya pada mulanya bimbang kerusi tidak dipenuhi, tapi sekarang nyata tidak mencukupi.

Lantas menyangkal beberapa dakwaan bahawa PCM makin pudar keterlibatannya oleh mahasiswa/i Sains Kesihatan Mansurah. Masih ramai yang menghulur tangan, bahkan meng-infakkan diri dalam memastikan PCM terus gah berdiri, tiada lain semata-mata kerana merasai kebersamaan ‘Berkeluarga dalam PCM’ –PCM For All. Syabas buat kalian.

Saya sedia membantu.

Bila diaju pertanyaan kenapa muka saya turut melengkapi barisan calon-calon yang bertanding,tiada lain jawapan yang ingin saya berikan, “PCM telah banyak membentuk saya sepertimana yang anda lihat hari ini.”
Jangan menafsirkan jawapan saya seolah-olah PCM lah yang telah mendidik dan memberikan segala keperluan dan kemahiran yang saya ada, sehingga melangkaui didikan dan tarbiyah daripada kedua ibu-bapa, guru-guru di sekolah, imam dan bilal di masjid serta tangan-tangan lain yang telah banyak menyentuh penghidupan saya.

Sebaliknya ingin saya akui bahawa PCM-lah platform yang memberi saya peluang untuk mengemaskan diri, mengimplimentasi segala kemahiran dan pengetahuan, menyuluh saya supaya bermatlamat dengan jelas, dan di sini juga cinta saya pada ilmu berputik malah lebat berbuah hendaknya. Tidak keterlaluan untuk saya berkata sedemikian, kerana saya merasakan diri saya sebahagian daripada komuniti ini, sebahagian dari anda semua!

Kita umpama satu keluarga mega, saling mengukuhkan.

Saya sedar ini bukan acara ‘Cari Menantu’ atau ‘Pertandingan Sorak’. Siapa hensem dia menang. Siapa paling famous dia mengungguli kedudukan.

Bagi saya, berada di dalam kepimpinan umpama satu musibah, molek natijahnya kalau dipenuhi amanah yang dibawa, dan sudah tentu buruk padahnya kalau cakap dan bikin tidak serupa.

Suka juga untuk saya memberi pandangan mengenai pemilihan calon Pengerusi PCM yang baru, tapi elok rasanya saya tangguh untuk post yang seterusnya. Antara 3R dan 3K, insyaAllah hasrat saya ingin membantu sahabat-sahabat semua membuat penilaian dan pemilihan terbaik.


“Pernah suatu ketika, berjalan saya di Tanah Melayu sana, hingga tiba di sebuah desa, lebat sungguh kata-kata ketuanya, tapi kemarau memanjang juga… terlihat saya sekolompok rakyatnya, berpayung mesra berukhuwah bahagia, berbisik mereka, tapi lantang suaranya!”

Sekadar di sini, semboyan buat kalian sudah berbunyi… ayuh keluar mengundi!

p/s : post ini agak lama di dalam draft kerana masalah internet. Semoga diberi kemudahan.

Wallahu’alam.


http://dikyeh.blogspot.com/2010/11/pilihanraya-pcm-semboyan-untuk-ahli.html

Calon Pilihan Saya





Assalamualaikum.

Salam Mujahadah untuk semua.

Mungkin ada yang mengira, tajuk post kali ini saya tujukan untuk isteri saya. Tetapi sebenarnya tidak. Kisah rumah tangga kita simpan dilain waktu. Kali ini kita bicara tentang calon pilihanraya.

Saya dapatkan nyatakan disini, Mansurah paling terkehadapan dalam membina suasana politik mahasiswa yang tulen, berbanding cawangan lain.

Saya jangkakan, 1 tahun mendatang, Perubatan Cawangan Mansurah, akan berubah sosial budaya dan politiknya, dan akan mirip kepada politik kampus di Malaysia. Pengalaman 2 tahun dalam arena politik kampus di Malaysia dahulu, membuatkan saya jadi 'ngilu' atau meremang bulu roma. Apa tidaknya, saya pernah dikejar polis kampus sejauh 10 km, kena fitnah itu dan ini, diugut buang kolej dan macam-macam lagi asam garam politik kampus, saya kira itu hanya sekelumit pahit manis pengalaman berbanding kawan-kawan saya yang lain di Kampus sana. Takdir Allah pada tahun ini, pilihanraya PCM kali ini sudah mula berbau aroma politik kampus Malaysia. Aroma semangat, saya tak resah, tetapi aroma licik dan muslihat buat saya jadi jijik. Di shout box, diblog-blog dan semestinya Facebook dah ada makhluk yang bermain kempen ala-ala cowboy. Cowboy zaman kereta api arang, kalau tak dapat anak dara orang, ditembak ayah si dara pun dah cukup. Calon A tu puppet, calon A tu lembap, Calon A tu bodoh akademik.  Calon B tu sekular, Calon B tu tak hensem.

Hampeh!

Nak pesan sikit, masing-masing tolong jaga penyokong. Diharap siapa yang terlibat sila berfikir matang sedikit ataupun secukup rasa. Tak lupa kepada mangsa provokasi, cukuplah dibodoh berkali-kali.

Orang Tanya?

Dalam inbox email dan facebook saya ada beberapa email bertanyakan kepada saya, siapa calon Pengerusi pilihan saya, ada yang sampai call pada pukul 2-3 pagi semata-mata nak bertanya, siapa calon Pengerusi pilihan saya?.

Jawapan saya, begini.

Pada sahabat kita yang lain, mungkin kehairanan. Apa yang dasyat sangat sampai nak tahu undi kita untuk siapa. Pertama anda perlu faham, setiap yang bertanya, mengharap petunjuk dari kita, dalam bahasa matematik dipanggil BANCI. Kedua, ada yang bertanya dengan harapan, untuk mejemput kita berada dibelah pihak mana. Macam main polis-polis zaman kanak-kanak dulu. 

" Nak jadi Polis? atau Perompak?"

Oleh itu, tak mengapa, saya faham dan saya tak marah walau ada yang bertanya berkali-kali, hakta pada pukul 1-2 pagi. Semata-mata nak tahu nama calon.

Berbalik pada siapa calon Pengerusi pilihan saya.

Jawapan saya,

AHMAD AZIZI MD JUSOF

Jelas dan terang, tanpa ragu-ragu, sembunyi, cuak, resah, takut berat sebelah, dan lain-lain. Azizi Jusof calon pilihan saya. Ada kawan-kawan saya yang juga merangkap mantan pimpinan PCM, takut nak menyatakan sebarang sokongan pada mana-mana calon apatah lagi nak berkempen,semata-mata takut dituduh tukang 'paksa' atau pelobi gelap kerusi panas PCM. Cuak ya?
Saya Pilih Azizi Diatas Dasar Kefahaman.

Manifesto yang meletup, janji manis luar biasa, lidah yang tajam, tangan yang dihayun cantik tidak menjadikan
saya buta nilai dalam menentukan pilihan saya. Azizi dalam ucapan manifestonya, ketika ditanya, benarkah dia calon boneka? Jawapan Azizi ialah dia memilih bertanding kerusi Pengerusi di atas kefahaman . Maka wajib kepada sesiapa menyokong Azizi mesti diatas dasar kefahaman.

Saya ada kisah, yang membuatkan saya yakin untuk memilih Azizi sebagai calon pilihan.

Pernah pada suatu mesyuarat muhasabah exco yang mana saya turut hadir, ada satu soalan yang ditanya kepada kami semua tentang apakah perkara yang mahu dimuhasabahkan bersama, sepanjang memegang amanah dalam PCM?

Setiap yang hadiri dalam mesyuarat itu mesti bersuara. Dan apabila tiba pada giliran Azizi, muhasabahnya sangat berbeza dari yang lain.

"Sepanjang saya jadi exco, perkara yang paling saya sedih ialah, saya tak dapat nak 'maintain' solat subuh berjemaah di masjid. Dan banyak amalan sunat yang saya tertinggal Dan saya sedih, jika sepanjang kita jadi exco ini, kita tidak serius, sedangkan banyak perkara yang telah kita korbankan."
Pimpinan mesti solat subuh berjemaah di Masjid. Itu kesimpulan saya.

Mungkin, teori solat subuh berjemaah di masjid dianggap leceh dan kecil. Tapi teori yang sama inilah yang diguna oleh pimpinan dan jeneral empayar Islam terdahulu.

Kisah kedua.

Si Azizi Jusof, sudah hampir 3 tahun tidak pulang ke Malaysia, dan setiap tahun, di setiap cuti summer. Dia tak pernah terlepas menjadi ajk itu ajk ini. Itu contoh semangat yang luar biasa. Tak ramai yang sanggup menjadi ajk berulang-ulang kali dalam tempoh cuti yang paling berharga untuk rehat. Jadi ajk atau exco bermakna anda akan kehabisan wang, penat dan sebagainya. 

Kisah Ketiga

Pemikiran Azizi, dalam shout box, bersepah-sepah makhluk yang mengutuknya, kononnya Azizi aliran pemikiran lama, idea tiada logo bernas, dan macam-macam lagi. Bak kata peribahasa,tuduhan tanpa hujah ibarat lembu gila tanpa tali. Saya sering sebutkan dalam pelbagai post saya sebelum ini, apabila kita hendak menilai pemikiran seseorang individu, kita memerlukan test drive, seperti kereta. Pemimpin yang hendak diletak dihadapan, mesti diuji terlebih dahulu. Siapa yang hadir pada malam pengenalan calon baru-baru ini pasti dapat memahami apakah wajah sebenar Azizi.


Kisah Keempat

Jatuh ke hati, siapa yang biasa bercakap dan mendengar ucapan Azizi, akan biasa dengan istilah ini, butir-butir katanya sering membuat hati pendengar bertukar bekas yang menyimpan kata-katanya. Pada malam pengenalan calon, saya pulang ke rumah, dan bercerita kepada isteri saya, tetang ucapan Azizi pada malam itu. Kata isteri saya, " Azizi, kalau dia bercakap, kata-katanya akan sampai ke hati pendengar".

Tamat.

Perubahan Dan Revolusi.

Saya teringat akan tulisan Al-Ustaz Said Hawwa dalam kitab Jundullah, katanya, untuk mencipta sebuah perubahan dan kemenangan didalam umat Islam, kita memerlukan berkat dan rahmat dari Allah. Dan rahmat Allah itu turun apabila ada dicelah umat manusia itu kelompok atau individu yang begitu hampir disisi Allah.

Dalam mencari pimpin, saya lebih memilih kepada nilai agama sebagai value utama dalam penentu pilihan. Kerana saya berpegang.

"Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan Mengajar kamu tetang apa yang kamu tidak tahu".

Walau pada mata kita individu itu buruk pada fizikalnya dan luaranya, tetapi kebaikan agamanya akan mencukupkan kekurangan yang ada.
http://hijaudamai.blogspot.com/

Tuesday, November 23, 2010

Apa kata mereka?



Kepercayaan Luar Biasa vs Kepercayaan Biasa


Diam .. Fikir .. Bertanya .. Mencari ..

Bukan mudah nak percaya ,
Dirinya mencapai tahap ini,
Walau dirinya berasa sangat cetek dalam ilmu2 pengetahuan,
Sangat kecil dalam pengalaman ,
Masih kurang arif dalam selok-belok persatuan,
Kerana setiap keputusan , membawa impak teramat besar,
Sekali melangkah salah , tentu menyesal tak sudah,
Tapi itulah adat hidup ..
Sunnatullah pasti ..
yang hebat tak terus hebat , yang lemah tak selamanya lemah .

Sepanjang penglibatanku dalam persatuan ini,
Pahit manis masam masin.. hanya diri yang merasa dapat memberitahu,
Aku bermula dari bawah ,

07/08 Dari AJK kecil UPI , menjadi adhoc untuk prgram IQ di peringkat DPMM ,
08/09 Diberi kepercayaan menjadi timbalan Bendahari ..juga diberi peluang untuk terlibat dalam unit disiplin & Protokol dlm temasya sukan
PERUBATAN di Mansurah ...
09/10 timbalan Setiausaha untuk sesi ini..

# Pernah rakan bertanya, kenapa naik terus dalam AJKT sedangkan tak pernah jadi exco unit?
Aku terdiam, kerana tak tahu jawaban yang sebetul2nya. Kerana orang lain lebih nampak potensi dan kelemahan diriku.

# Ada kufikir "Kenapa Pengerusi sesi 07/08 & 08/09 (Izzat Kamal) tak bermula dari bawah, boleh terus mula dari atas?"
Jawapan ku cari , ku analisa...

Keadaan masa itu , bilangan pelajar masa itu, kebajikan pelajar masa itu, ragam masa itu kurang berbanding kini ... kerana itu , Pengerusi kita boleh naik.
Ku tenteram . Kulihat soalanku terjawab.

# Apa yang kuharapkan, sahabat2, abang2, kakak2, adik2 ....
Agar kita semua duduk bawah 'satu bumbung' , semua lahir dengan tujuan yang sama , nak berjaya di dunia & di akhirat .. Redha Allah..

Belajarlah dan selamilah setiap keadaan yang anda semua hadapi dengan positif,
If it end-up dgn unexpected outcomes, cari hikmah disebalik itu.

Kepada rakan2 calon yang lain ..
yakinilah tugas itu wont be easy ...
menang atau tidak, sama2 kita siapkan diri ...
even manifesto dah dikhabar2kan ,
mentally, physically , spiritually mesti mau kuat!
Banyakkan munajat, selawat disaat2 akhir ni...

Tentang Mr Pengerusi?

Mesti selalu bersedia beri peringatan even terjadi bahaya,
Even dalam keadaan tidur, kena tetap berjaga,
Berpandangan positif ,
Berkemahuan kuat,
Sedia berkorban ,
Semangat juang tinggi,
Bijaksana tangani situasi,
Jadi contoh kepada org lain [ situasi sbg pelajar - komited dalam menghadiri kuliah]
Mampu koordinasi setiap potensi dalam diri ,
Ilmu agama tunggak segala dalam pemimpin Islam .


Diriku meletakkan kepercayaan LUAR BIASA pada Azizi Md Jusoh sbg Pengerusi ..

Pemilihan pemimpin = IMAM kita TAK boleh dibuat main ,
untuk saya dia mesti boleh menjadi rujukan kita semua dalam semua aspek .
Meski boleh bekerja , xbermaksud sesorang pemimpin mampu nak mengawal emosi andai cabaran mendatang ..
Saya percaya Azizi meski umur masih muda, mampu melakukan!

"Kebajikan apa pun yang kamu peroleh adalah dari sisi Allah,
dan keburukan apa pun yang menimpamu , itu dari kesalahan (dirimu) sendiri.
Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi Rasul kepada (seluruh) manusia.
Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi"
[An-Nisa' : 79]

Akhir sekali , bersama menuju kejayaan! ^^,

http://biruyangtenang.blogspot.com/2010/11/kepercayaan-luar-biasa-vs-kepercayaan.html

PENGKUALITIAN

Kualiti, kebajikan dan kebebasan  menjadi agenda utama dalam kempen saudara Azizi.  Apa  yang dimaksudkan dengan ‘kualiti’? Soalan ini sengaja saya lontarkan kerana saya rasa ramai tidak memahami erti  kualiti , kabur istilahnya dan gagal memahami apa yang ingin dimaksudkan oleh calon pengerusi  mengenai manifesto yang beliau bawa.

Perkataan kualiti  yang digunakan oleh saudara azizi  ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan mahasiswa/mahasiswi dan persatuan. Ia mempunyai makna sangat luas.

Jika dikaitkan kepada pembaikan  sistem pentadbiran persatuan, maka kata kualiti  itu merujuk  pembaik pulihan  dalam pembangunan setiap unit . Ini bermakna kualiti  mengandung makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan cara atau corak yang jelas. Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap mengikut perancangan.

Kualiti itu bermaksud  cemerlang dalam segala aspek. Demikian, dalam usaha membangun dan menjadikan mahasiswa/mahasiswi mansurah cemerlang dari segala aspek,  maka agenda kualiti  menjadi sangat mendesak. Sedarlah kita selaku pelajar perubatan sangat memerlukan kualiti.


Usaha melaksanakan pengkualitian  membabitkan seluruh ahli . Ia bukan satu haluan yang mementingkan unit-unit tertentu. Ahli  diberi harapan dan perubahan selari dengan objektif, maksud dan tujuan kualiti itu sendiri.

Satu lagi perkara perlu difahami ialah untuk menjayakan kualiti  bukan hanya terletak di bahu pengerusi semata-mata. Ahli-ahli PCM   harus membabitkan diri secara aktif dalam menjayakan pembaikpulih kualiti. ini . kita  harus didorong untuk memikul sama usaha menjayakan pengkualitian ini. Sekaligus menjadi pengukuh kesatuan.

Justeru, marilah kita  menjadi ahli-ahli yang  inovatif, kreatif dan produktif.  Elemen inovatif dan kreativiti harus menyerap dalam seluruh unit PCM.

Jelas, makna  kualiti  terletak pada perubahan bentuk atau penampilan yang holistik supaya keberhasilan pengkualitian  dapat menzahirkan impak yang berskala luas merangkumi setiap unit di dalam PCM.

Apa yang penting sekarang? Marilah kita seluruh mahasiswa/mahasiswi mansurah mengundi saudara Azizi. =)







sumber : Kue Koci

Mr Clean


Saya dahulukan posting saya kali ini dengan sebuah video. Minta sahabat-sahabat ahli pcm tonton dahulu sebelum menyambung pembacaan posting saya..


Mr Clean dan Kejayaan

1. Pak Lah, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 5, dipilih untuk memimpin UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional Malaysia disebabkan faktor rekodnya yang bersih dari sebarang unsur-unsur kontroversi dan rasuah.

Ciri-ciri itu membolehkan Barisan Nasional meraih kepercayaan dan keyakinan ahli-ahli UMNO, rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional serta rakyat Malaysia

Atas faktor itu, Barisan Nasional mampu meraih kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Malaysia pada tahun 2004, mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional selepas dibadai reformasi.

2. Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz terus bertahan sehingga 20 tahun. Meskipun di'himpit' oleh pihak-pihak tertentu dalam menguruskan kerajaan negeri, rakyat negeri Kelantan terus memberikan undi kepada PAS untuk memerintah Kelantan.

Antara faktornya adalah faktor Nik Aziz itu sendiri yang boleh kita gelarkan juga sebagai Mr Clean. Sehinggakini tiada siapa yang dapat membuktikan bahawa Nik Aziz terlibat dalam rasuah dan salah urus pentadbiran.

Mr Clean PCM

1. Sejak diawal penubuhan PCM sehingga sekarang, PCM sering dibadai ombak kontroversi, adakalanya ia menghampiri tsunami kontroversi dan Alhamdulillah di atas tindakan cekap kepimpinan PCM semasa dan terdahulu, PCM terus bertahan membina asas seterusnya mengukuhkan pasaknya.

2. Apabila PCM dilanda kontroversi, kadang-kadang ia akan turut mencalit kepimpinan PCM. Tetapi, terdapat di kalangan pimpinan PCM yang bertindak matang untuk tidak turut tercalit. Antara pimpinan ini, ialah Ahmad Azizi b Md Jusoh, calon Pengerusi PCM sesi 2010/2011.

3. Ciri-ciri inilah yang diperlukan untuk membersihkan imej PCM di kalangan ahli pcm mahupun pihak luar. Sesiapapun pasti tidak mempunyai masalah untuk berurusan dan berinteraksi dengannya.

4. Dengan imejnya yang bersih, pasti beliau dapat melonjakkan usaha menarik mahasiswa Malaysia di Universiti Mansurah daripada pelbagai kursus dan latar belakang sekaligus memudahkan PCM menyalurkan bantuan akademik dan kebajikan kepada mereka.

5. Unsur ini juga adalah penting, kerana imej 'Mr Clean' akan meningkatkan kepercayaan barisan exco-exconya terhadapnya mengetuai kepimpinan PCM. selain menjadi contoh kepada ahli-ahli PCM.

Seruan saya

Undilah Azizi untuk Calon Pengerusi PCM
Kualiti, Kebajikan dan Kebebasan

PCM for All

note:

1. terima kasih kepada ***** yang sudi merakam video


http://mafiasoleh.blogspot.com/