Sunday, November 21, 2010

Buktikan Mahasiswa Mansurah Berpolitik Bersih


Akidah dan Silaturrahim

Semasa di awal penyebaran Islam, apabila Allah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menyebarkan Islam secara terang-terangan, baginda mendapat pelbagai bentuk 'feedback' daripada kaum kerabat baginda sendiri. Ada yang menentang, ada yang menerima dakwah Islam.

Pakcik baginda, Abu Talib adalah antara mereka yang tidak menerima cahaya dakwah Islam. Namun Abu Talib tidaklah menentang Nabi s.a.w. Meskipun Pakciknya tidak menerima dakwah Islam, Baginda tetap menghormati pakciknya.

Malah, pernah satu ketika, Pakciknya memujuk Nabi s.a.w untuk mengalah kepada Kaum Musyrikin Quraisy, baginda menolak secara baik dan terus berpegang kepada akidah dan menyebarkan Islam.

Baginda selalu berdoa agar Pakciknya diberikan hidayah, tetapi, hidayah adalah milik Allah. Tugas kita adalah menyebarkan dakwah sahaja. Baginda juga berdoa agar azab seksaan kepada Pakciknya diringankan.

Berprinsip tanpa Mengabaikan Ukhuwah


Saya dahului dengan meminta maaf jika kempen saya sebelum ini ada menyentuh peribadi mana-mana pihak. Saya sudah amat berhati-hati dalam berkempen supaya tidak menyentuh peribadi calon-calon Pengerusi yang kedua-duanya adalah sahabat saya dan rakan sekerja.

Saya memilih Azizi sebagai Calon Pengerusi pilihan saya, dan sejak dahulu saya dan sahabat saya Bullet, kami sama-sama berbincang mengenai gerak kerja akademik. Keadaan itu kekal sehingga sekarang. Semenjak hari pencalonan hingga sekarang, saya kerap menziarahi mereka, bersembang, bergurau, dan kekal merancang gerak kerja akademik malah tidur di rumah mereka. Tiada istilah ukhuwah antara kami keruh biarpun berlainan pandangan dan prinsip.

Berprinsip tanpa mengabaikan Ukhuwah. Itulah yang mahu kita terapkan dalam pemikiran setiap mahasiswa di Mansurah khususnya.

Buktikan Mahasiswa Mansurah Berpolitik Bersih
Kedua-dua calon Pengerusi adalah mereka yang bekerja untuk PCM. Maka, Saya mengharapkan kepada semua penyokong, penyokong-penyokong calon pengerusi pilihan saya, Azizi khususnya supaya tidak menyentuh peribadi calon pengerusi pilihan pihak lain, Bullet.

Kempenlah selambung-lambungnya peribadi, pembawakan, pembaharuan, manifesto, moto Azizi. Tapi jangan sekali-kali menyentuh calon pengerusi lain.Kempenlah secara sihat, jangan memburukkan, menjatuhkan pihak lain.

Jangan biarkan politik mahasiswa dicemari. Politik dalam Islam adalah bersih, tetapi sering dikotori oleh-oleh anasir-anasir mazmumah. Politik mahasiswalah yang akan mencorak politik masa depan Malaysia.

Mahasiswa mencorak masa depan Malaysia. Bersih politik mahasiswa, bersihlah politik Malaysia nanti. Kotor politik mahasiswa, kotorlah politik Malaysia nanti.

Demokrasi Kebebasan Bersuara

Demokrasi membenarkan semua orang untuk bersuara. Berikanlah pandangan anda secara ilmiah. Anda boleh memilih samada nak memberitahu atau merahsiakan calon pilihan anda. Tiada orang yang boleh memaksa anda. Jika ada, saya nasihatkan untuk laporkan pada JPC, pihak JPC akan mengambil tindakan selanjutnya.

Suara anda, Pilihan anda, Calon anda, Undi anda... Semuanya adalah hak anda.

Suara Saya

Undilah Azizi untuk Calon Pengerusi PCM
nafas segar, perubahan, kualiti
Kualiti, Kebajikan dan Kebebasan

PCM for All
 
sumber : http://mafiasoleh.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment