Salam,
Syukur kepada Allah Taala kerana diberi kesempatan untuk menulis serba sedikit tentang pilihanraya insyallah akan diadakan pada 25 HB ni.
Ramai orang bertanya, Kenapa saya menarik diri untuk bertanding menjadi Pengerusi PCM , bukankah awak sudah menjadi Timb Pengerusi sekarang. Jawapannya, mudah sahaja, saya merasakan ada orang yang lebih layak daripada saya dari pelbagai sudut.
Bagi pendapat saya dan pengalaman saya bekerja dalam PCM, sepanjang tahun 2007 sehingga sekarang, orang yang BERTANGGUNGJAWAB terhadap semua perkara yang berlaku di Mansurah ini ialah PENGERUSI PCM.
Samada dari sudut keselamatan, ikhtilat, AKademik,Perpaduan , syahsiah dan kes Hisbah adalah terpundak kepada pengerusi PCM.
Ini kerana di Mansurah isitimewa dengan kepelbagaian persatuan dan masing-masing ingin membawa kepala sendiri menyebabkan perpecahan dan hasut menghasut antara satu sama lain seolah-olah menjadi amalan biasa.
berikut adalah tugas-tugas pengerusi PCM secara UMUM
1) Mewakili suara pelajar dalam majlis dan menjadi jurucakap untuk mewakili MEETING PERUBATAN intercawangan yang kerap diadakan.
Kekerapan meeting intercawangan menyebabkan PENGERUSI PCM terpaksa membahagikan tugas kepada timbalannya kerana kebarangkalian untuk skip ke kuliah akan berlaku.
2) Menjadi penaung kepada unit2 seperti mmmc, JAKSI dan UBM (baitul Muslim). Memantau dan menghadiri meeting yang dijalankan oleh setiap unit.
3)Menghadiri dan memantau segala meeting program besar dan kecil serta mesyuarat unit exco PCM yang kerap diadakan setiap minggu.
4) Menjadi perasmi kepada acara -acara besar PCM seperti intro to SC, ADHA, MTC dan memahami selok-belok kerja SC, UPI, AKAD dan setiap unit PCM.
5) Menjadi suara rasmi PCM, setiap percakapanya adalah merupakan pendirian persatuan tentang sesuatu perkara atau isu.
Bagi saya semua ini dapat diperoleh oleh PENGALAMAN. Untuk seorang calon pengerusi PCM, at least, saya merasakan dia perlu atau pernah memasuki mesyuarat exco PCM dalam tempoh masa setahun dan pernah menjadi PEMANGKU PENGERUSI PCM semasa ketiadaan pengerusi PCM.
Jika ditanyakan saya ,bagaimanakah kriteria calon pengerusi PCM.Ini adalah jawapan saya
1) Berakhlaq baik dari tutur percakapan, menjadi Qudwah Nabi SAW dan para sahabat sebagai role model. Menjaga agama. Kerana apa, kerana saya berpendapat Allah sahaja lah yang dapat membantu PENGERUSI PCM walau apa jua keadaan sekalipun. Jika dia diugut, dicaci kerana menegakkan agamaMu, Maka Dia akan melakukan Qiam, berdoa disetiap solat jemaah di Masjid ke hadrat Allah SWT agar diserahkan setiap urusan kepada Allah untuk selesaikannya.
2)Pernah menjadi EXCO PCM walaupun setahun. Kerana dengan menjadi EXCO , dia pernah bekerja dengan setiap unit PCM dan tahu selok belok organisasi daripada dalam.
3) Mempunyai NETWORKING dengan PERUBATAN PUSAT. PCM adalah merupakan cawangan daripada PERUBATAN. Maka PRESIDEN perubatan dan PENGERUSI setiap cawangan seperti PCI, PCZ dan PCT pernah mengenali calon pengerusi bagi memudahkan gerak kerja pengurusan dan kerjasama.
4) SAnggup untuk berkorban dari segenap aspek untuk persatuan PCM. Samada kewangan, tenaga , harta dan MASA. Ramai orang boleh berkorban dari sudut kewangan,tenaga, harta tapi tidak ramai orang yang sanggup berkorban untuk MASA. LEbih -lebih lagi sewaktu musim peperiksaan.
Terus -terang saya cakap, sewaktu pernah memangku jawatan PENGERUSI di kala peperiksaan akhir tahun, saya terpaksa study dalam keadaan berjalan untuk hadir ke sesuatu meeting TERGEMPAR untuk sesuatu ISU. Bukan mudah kan jika kita melihat sahabat-sahabat kita study di rumah dengan kusyuk tapi fikiran kita melayang memikirkan masalah yang dihadapi.
5)Bagi saya , faktor Umur atau tahun pengajian bukanlah ISU. ini bergantung kepada kebijaksanaan PENGERUSI PCM untuk membahagikan masa yang sesuai untuk dirinya sendiri dan pada masa yang sama mengulangkaji pelajaran. Saudara Izzat membuktikan dia mampu untuk berjaya dan Ikram ishak mengukuhkan bukti bahawa pelajaran adalah perkara yang dianggap penting dalam kehidupan seorang pengerusi PCM.
Jika orang bertanya kepada saya, siapakah calon pilihan saya di hati...Saya akan menjawab Ahmad Azizi bin Md Jusoh....Pernah menjadi AJK UPI saya, ketika saya memegang UPI dan menjadi KETUA UPI sekarang. Bagi saya, dia mempunyai hidden power to become a leader, future leader....
Ke Arah melahirkan PCM adalah sebuah badan berkebajikan dan Akademik seiring dengan pembentukan syaksiah. PCM FOR ALL"
" Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu, maka siapakah gerangan yang dapat memberikan pertolongan selepas itu" Ali -Imran: 160
http://drhanifmahamud.blogspot.com/
http://drhanifmahamud.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment