Sunday, November 21, 2010

Sayangi PCM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam.selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

hari pengundian semakin hampir.bahang pilihanraya semakin terasa kehangatannya.dalam keghairahan berkempen, saya rasa terpanggil untuk melontarkan buah fikiran dalam menyelesaikan kebuntuan ini.saya menulis artikel ini bukanlah bertujuan untuk melebihkan atau menjatuhkan mane2 pihak. tetapi adalah atas penilaian saya selaku orang yang telah lama berada dalam tampuk pemerintahan PCM sejak 2007.

saya faham, kebanyakan ahli tidak memahami selok-belok pentadbiran PCM.kebanyakan mereka tidak tahu sejauh mana bebanan tugas yg dipikul oleh orang2 yang bekerja dalam persatuan selama ini.mereka tidak mengharapkan apa2 balasan,tidak minta dipuji dan tidak minta dipandang oleh mana2 insan.

ISU KESATUAN

saya yakin, ramai yang tertarik dengan manifesto2 yang dibawa oleh saudara Ashraf. saya tidak menafikan bahawa revoke,rebrand,reform adalah satu nafas baru yang perlu dibawa dalam persatuan PCM.ia adalah satu ideology positif yang perlu didokongi oleh persatuan,tidak kira walau siapa sekalipun yang mentadbir dan memerintah.

sehingga ke hari ini, sudah 3 tahun PCM ditubuhkan.sepanjang pemerintahan tahun 2008, dimana tahun bermulanya lambakan pelajar di Mansurah,sebenarnya PCM sudah sedaya-upaya untuk membawa wadah kesatuan di antara semua pelajar tidak kira kos, latar belakang pendidikan,agensi, dll.sebenarnya, kesemua idealogy yang dibawa oleh saudara Ashraf itu telah lama kami dipihak pimpinan cuba untuk melaksanakannya. jika tidak percaya, silakan bertanya kepada semua pengerusi,timbalan pengerusi, penasihat,dll yang pernah berada dalam pimpinan PCM.

persoalannya,tahukah sahabat2 sekalian mengapa PCM masih belum berjaya untuk menyatukan semua mereka berada dibawah satu lembayung pemerintahan PCM?? hal kesatuan ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya masing2 lebih mementingkan periuk nasi sendiri/jemaah/persatuan yang dibawa tanpa meletakkan kepentingan ummah dan Islam melebihi segala-galanya.

cubalah sahabat2 sekalian fikirkan,bukan sedikit usaha PCM untuk menyatukan semua pelajar.tahun lepas, isu kesatuan telah dijadikan usul yang diperbincangkan dalam MTC.gerak kerja menjalankan usul tersebut juga telah dirancang&dilaksanakan sebahagiannya.sejak menjadi exco penerbitan dan penerangan, bukan sedikit mesyuarat yang dijalankan pihak pimpinan bersama orang2 tertinggi agensi2 GMN,Medic Mesir,serta perjumpaan bersama ISMA,Konsis,dll.semuanya kerana kami inginkan KESATUAN.namun, sekali lagi ingin saya persoalkan, mengapa kita masih belum mampu untuk bersatu??

JANGAN BIARKAN ANGIN PERUBAHAN YANG BERTIUP MENGABURI PENDIRIAN KITA DALAM MENILAI

sahabat2.. apa yang boleh saya katakan berdasarkan pengalaman berada dalam pimpinan, jgn terkejut jika saudara Ashraf juga tidak akan mampu untuk membawa semua yg berada di Mansurah ini untuk bersatu bersama-sama PCM.ingatlah! bahawa PERUBATAN dan PCM adalah persatuan yang didasari dengan Al-Quran & As-Sunnah.sekiranya anda menolak apa yang dibawa dalam Al-Quran&Sunnah Nabi SAW, selagi itu PCM tidak akan berkompromi dengan anda.

saya cuba bawakan satu situasi:
masalah musyrif--> dalam PCM ada pelajar yang tidak mahu menggunakan khidmat musyrif.sedangkan, Mesir berada dlm undang2 darurat & banyak kes2 yang berlaku melibatkan keselamatan pelajar Malaysia.dalam istilah feqahnya, penggunaan musyrif ini disebut sebagai 'sadduz-zarai' (mencegah sesuatu dengan menutup jalan2 yg membawa kepadanya).
bagaimana anda ingin menyatukan pelajar2 yang menolak untuk menggunakan musyrif??sedangkan penggunaan musyrif itu adalah etika dalam unit JAKSI.

masalah musyrif saya bawakan sebagai salah satu contoh dari beribu-ribu lagi msalah yang perlu difikirkan diperingkat pimpinan.

MENGENDALIKAN SEBUAH PERSATUAN PERLUKAN ILMU&PENGALAMAN

sahabat2, saya menyeru kepada semua untuk memikirkan dengan selumat-lumatnya dalam memilih pimpinan.ingatlah! anda sedang mempertaruhkan sebuah persatuan, yang akan membawa impak yang besar kepada lebih daripada 1200 orang ahli.saya tak mampu untuk membayangkan bagaimana exco2 yang pernah berada dlm pimpinan akan menerangkan & mengajar banyak perkara kpd org yg baru dalam pemerintahan.menjadi pengerusi bukanlah semata-mata mempengerusikan mesyuarat atau berada bersama-sama dengan org atasan, malah lebih dari itu.ilmu, pengalaman dalam mentadbir,mahir dengan selok-belok& dasar persatuan, sangat2 penting dalam mentadbir.

jadi sahabat2, fikir2kanlah sedalam-dalamnya dalam membuat keputusan.realiti pemerintahan PCM tidak semudah mengeluarkan ideologi & buah fikiran.fahamilah pimpinan PCM mengapa kami melakukan begitu & begini.bukan semata-mata mengkritik tanpa membantu untuk memperbaiki persatuan.

" sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Al-Hujurat:10)

wallahu'alam.


http://snasz0203.blogspot.com/

1 comment:

  1. Diharapkan setiap artikel yang bukan ditulis oleh saudara dinyatakan sumber atau link yang merujuk kepada sumber tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete