Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW,ahli beit Baginda, dan para sahabat seluruhnya.
Hari pengundian hanya tinggal beberapa hari shj lagi.Para penykong nampak bertungkus-lumus bagi memastikan kemenangan calon pilihan masing-masing.
Artikel saya kali ini mungkin berbeza dengan artikel-artikel kempen pilihanraya yang lain.Mari kita perhatikan masalah yang timbul secara dasar dan perbaiki masalah tersebut dengan kefahaman yang jelas berdasarkan ilmu & dalil-dalil aqli dan naqli.Saya yakin, kebenaran itu akan terzahir.Kebenaran itu tetap ada disisiNya,dan tentunya berdasarkan bukti yang jelas nyata pada risalah kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Calon-calon yang bertanding tidak dinafikan kehebatan masing-masing.Cuma yang berbeza, seorang adalah calon yang berpengalaman dalam tampuk pemerintahan PCM, dan seorang lagi orang yang belum berpeluang untuk berada dalam barisan exco tahun-tahun sebelumnya.Ada yang mempertikaikan Azizi kerana dia membawa corak pemikiran yang sama dengan exco-exco sebelumnya.Maaf,jika saya katakan itu adalah satu tuduhan kerana saya yakin,Azizi memahami konsep ukhwah Islamiah bahawa setiap Muslim itu adalah bersaudara.Saya juga yakin, dia akan membawa tampuk pemerintahan PCM sesi depan dengan mengaplikasikan konsep persaudaraan dalam Islam meliputi semua ahli PCM.tidak memilih bulu, bukan kepada puak tertentu,tetapi memandang Islam secara syumul & universal,untuk semua.
Segelintir dari kita masih belum memahami mengapa PCM tidak bekerjasama dengan puak-puak atau jemaah tertentu.Saya berpendapat, sudah sampai masanya mahasiswa/wi Mansurah ini untuk menilai kebenaran berdasarkan hujah-hujah yang hak berpaksikan redha Allah SWT.Di kesempatan ini, izinkan saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang konsep "ta'addud jemaah" (berbilang-bilang jemaah).Saya bukanlah orang yang arif tentang jemaah,tetapi hanya menyampaikan setakat yg termampu berdasarkan pembacaan&kajian saya untuk kebaikan bersama.Saya yakin, sahabat2 diluar sana lebih layak untuk memperkatakannya berbanding diri ini.Jika apa yang saya sampaikan bercanggah dengan Islam,Al-Quran& As-sunnah,saya bersedia untuk menerima teguran.
TA'ADDUD JEMAAH
Sesetengah menganggap berpersatuan atau berjemaah itu suatu benda biasa tanpa meneliti jemaah yang di-intima’ (bergabung diri) itu betul memenuhi tuntutan syara’ terutama berkaitan dengan masalah Ta’adud Jemaah.
Islam adalah agama yang berdiri di atas ribat ukhuwwah dan iman serta melarang keras berlaku perpecahan dan pergolakan. Tengok sajalah agenda harian lima kali sehari solat berjemaah. Disusuli pertemuan mingguan solat jumaat dan muktamar tahunan di Baitullah musim haji. Segala-galanya mengunjurkan kearah perpaduan dan kesatuan.
Tentang masalah yang dibincangkan ini Dr. Yusuf al Qardhawi pernah berkata dalam Min Fiqhid Daulah Fil Islam :
"Tiada halangan ta'adud jemaah yg beramal untuk Islam, selagi mana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada ta'adud takhassus dan tanawwu’ dan bukan ta'adud tudhod dan tanaqud.Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam "
Realiti dicelah fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi ini, dibolehkan untuk kita berbilang-bilang jemaah atau persatuan dengan syarat mesti berlaku ta’adud takhassus dan tanawu’(saling menyokong dan membantu) Seperti persatuan-persatuan PERUBATAN di setiap cawangan yang saling bekerjasama dengan PERUBATAN pusat di Kaherah,juga seperti BKAN dan DPM saling berkerjasama dengan PMRAM. Ada juga jemaah-jemaah yang mengesampingkan fatwa ulama mujtahid ini. Mereka mengutamakan matlamat dan halatuju mereka dengan mengambil pendekatan ta'adud tudhod dan tanaqud (berlawanan dan bertentangan). Inilah satu anasir yang melambatkan kefahaman ummat terhadap Islam. Buktinya mahasiswa Mesir berpecah kepada beberapa jemaah.
Tidak ada satu fatwa pun yang mengharuskan berlakunya ta'adud tudhod wa tanaqud. HARAM hukumnya berbilang-bilang jemaah jika disana saling bertentangan kerana ia akan melahirkan bibit-bibit perpecahan sesama muslim. Diperkuatkan dengan fatwa Syeikh Solah Shawi dalam Mada Syariyyatul Intima' :
" Sesungguhnya ta'adud yang diterima dilapangan amal Islami ialah taadud takhassus dan tanawwu’ bukannya ta'adud tudhod wa tanaqud. Adapun taadud yg memecahkan wala umat Islam,melaknati sesama manusia merupakan wabak dan kecelakaan yg mengubah waqi' kepada tersebar fitnah dan membuka jalan kepada pandangan untuk mula beruzlah
Dan satu lagi bicara kata yang perlu di ambil iktibar untuk semua, adalah dari kata2 Syeikh Mustafar Masyhur yang mana katanya di dalam Wahdatul Amal Fi Qatril Wahid :
" Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jemaah2(selain Ikhwan Muslimin) ialah apa yang diperluaskan oleh agama Islam daripada sifat kasih sayang, mawaddah, nasihat menasihati, bantu membantu diatas dasar kebajikan dan mengelak perselisihan dan pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu
Namun begitu,kata amaran dari beberapa syeikh kita iaitu Mustafa Masyhur, solah Shawi, Yusuf Qaradhawi dan Said Hawwa yang bersependapat mengatakan bahawa:
tidak dibenarkan sama sekali taadud seandainya jemaah yg baru ditubuhkan tersebut tidak mengikuti ketetapan syara' dan timbul pecah belah serta dendam kesumat juga ditubuh atas dasar tidak puas hati antara satu sama lain.
Nah, kalian boleh menilai dan mentafsir sendiri, apa yang benar dan apa yang batil, sama2 muhasabah diri, perbaiki mana yang batil, teruskan mana yang haq.
KONKLUSI
Kesimpulan yang saya dapat berdasarkan hujah-hujah ta'addud jemaah ini ialah:
-setiap jemaah yang berada di bumi Mansurah ini perlulah bermuhasabah dan sama-sama membantu PCM untuk kepentingan ummah dan menyebarkan Islam secara syumul kepada semua ahli.
-tidak dapat dinafikan, PCM adalah persatuan yang pembawakannya selari dengan Al-Quran & As-sunnah,ijma'&qias ulama'.Oleh itu,tidak ada apa-apa perubahan yang perlu kita lakukan, tetapi hanya perlu mengislah dan memperbaiki KUALITI yang sedia ada.
-para pimpinan PCM bukanlah orang-orang yang gilakan kuasa dan inginkan pemerintahan dari puak-puak tertentu,tetapi sayangkan Islam,sayangkan PCM & inginkan Islam yang sebenar dapat tersebar kepada seluruh ahli.
-Pilihlah pemimpin yang layak untuk memerintah,dan tentunya yang punya ilmu & pengalaman yang luas dalam mentadbir.
Jadi,
VOTE FOR AZIZI!! >>Kualiti,Kebajikan&Kebebasan<<
PCM for All.
Wallahu'alam.
http://snasz0203.blogspot.com/
rujukan: iqgreen.blogspot.com
No comments:
Post a Comment