Monday, November 22, 2010

Manifesto 3K : Kualiti, Kebajikan dan Kebebasan

KUALITI, KEBAJIKAN & KEBEBASAN

1. Ke arah mengkualitikan PCM

• Mewujudkan sistem ‘Key Performance Index’ yang bertujuan untuk membuat kajian melalui bancian ahli terhadap beberapa aspek antaranya :
-Keberkesanan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PCM
-Meneliti segala permasalahan dan kebajikan ahli yang dapat dibantu oleh PCM

• Mengkaji semula aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PCM agar dapat menghasilkan kesan yang maksimum

• Menerapkan nilai-nilai professionalism dalam PCM meliputi gerak kerja, pimpinan dan juga ahli


2. Mengungguli persatuan berkebajikan

• Memanfaatkan setiap aset yang ada pada PCM untuk dimanfaatkan oleh ahli dengan cara :
-Mewartakan aset-aset yang ada pada PCM kepada ahli
-Memperkasakan Tabung Kasih Sayang

• Menjadi persatuan cakna masyarakat dengan berusaha untuk membantu ahli-ahli yang mempunyai masalah dan ditimpa musibah
• Menjana kewangan PCM dengan memperhebatkan kepelbagaian,promosi dan kualiti perkhidmatan jualan PCM melalui Unit Ekonomi

• Mewujudkan lebih banyak kerjasama dengan pihak univesiti untuk mendapatkan hak-hak pelajar, antaranya:
-Menghapuskan bayaran cas perkhidmatan kesihatan LE10 di Hospital Pelajar Universiti
-Mendapatkan bayaran potongan harga untuk kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan oleh universiti seperti padang bola, ping pong, tenis dan lain-lain.

• Mengekalkan hubungan yang baik dengan JPMK,KBMK dan PERUBATAN di muhafazah yang lain


3. Kebebasan untuk mencorak PCM

• Kebebasan terpimpin, yang menjadi asas dan mendidik diri ahli untuk menjadi mahasiswa berfikir di atas landasan pemikiran Islam.

• Memasyarakatkan PCM ke arah menjadi persatuan mesra rakyat

• Menggalakkan ahli untuk bergiat dalam semua lapangan aspek dan aktiviti yang dianjurkan PCM sama ada akademik, agama, kebajikan, sukan dan lain-lain

• Menggalakkan ahli untuk mengasah bakat dan minat tersendiri dengan menubuhkan kelab-kelab yang bernaung di bawah PCM

• Menvariasikan PCM dengan aktiviti yang pelbagai bagi meraikan minat dan kecenderungan ahli agar setiap ahli merasakan bahawa PCM adalah sebahagian daripada mereka

• Membuka ruang cadangan dan kritikan daripada ahli secara terus kepada pimpinan pelaksanaan sistem ‘Key Performance Index’ dan aktiviti ziarah pimpinan ke rumah-rumah ahli


4. Memimpin ahli ke arah menjadi ‘Doktor Qudwah’

• Definisi : Doktor yang menjadi contoh teladan yang baik buat insan lain. Mengungguli kecemerlangan dari pelbagai aspek terutama sahsiah dan akademik

• Mekanisma melahirkan doktor qudwah :
- Memperkasakan Smart Circle meliputi pembinaan sahsiah dan karekter, kefahaman Islam dan kecemerlangan akademik
- Mewujudkan Akademi Doktor Muslim iaitu akademi yang berorientasikan modul dan latihan ke arah pembinaan doktor yang mempunyai sifat kepimpinan, fikrah Islam yang jelas dan cemerlang dalam lapangan ilmu yang diceburi.


5. Plan Pemantapan Untuk Majlis Tertinggi dan Setiap Unit Dalam PCM
Penasihat PCM

• Mengadakan kursus kepimpinan bagi AJK PCM bagi melahirkan pimpinan yang benar-benar memahami tugas yang dipikul, berketerampilan dan mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin

• Menghidupkan semula Smart Circle khas untuk AJKT PCM. Antara silibusnya adalah penekanan kepada aspek kepimpinan, akademik AJK dan juga aktiviti ziarah ahli
Majlis Pengerusi

• Mengkaji dan membaik pulih hubungan luar PCM sama ada dengan JPMK,KBMK, BKAN dan juga persatuan-persatuan lain yang dapat memberi manfaat pada ahli.

• Memperbanyakan program yang berbentuk kerjasama dengan persatuan-persatuan lain di Mesir yang dapat memberi manfaat tanpa mendatangkan mudarat pada ahli dan PCM

• Mengetuai gerak kerja pelaksanaan ‘Key Performance Index’

Jabatan Setiausaha

• Mengkaji dan menaik taraf sistem pengurusan data terutama yang melibatkan maklumat ahli, proposal-proposal program & surat menyurat dalam gerak kerja PCM.

Jabatan Bendahari

• Mengetuai dan meneruskan gerak kerja Jawatankuasa Usaha Dana Dewan (JAKUD) bagi memastikan dana bagi dewan baru PCM mencukupi.

• Melancarkan sistem tajaan ahli khusus untuk menampung kos sewaan dewan baru PCM.

Unit Akademik

• Meningkatkan kerjasama dengan Biro dan Unit Akademik daripada muhafazah yang lain.

• Team Medical Checkup & Team Dental Checkup

• Mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi menghargai mahasiswa/i yang cemerlang dengan menjemput pihak KBMK/JPMK untuk menyerahkan sijil kecemerlangan . Dengan ini, diharapkan dapat menyuntik semangat mahasiswa/i untuk terus gigih berusaha.

• Meneruskan gerak kerja unit akademik sekarang iaitu Tutor Akademik & How To Succeed In Exam

• Mengadakan Karnival Akademik dengan mempelbagaikan aktivit dan program yang bersifat ilmiah disamping mewujudkan ‘biah study’ dalam kalangan ahli.

• Bekerjasama dengan PERUBATAN Pusat untuk menerbitkan semula ‘Buku Istilah Perubatan’

Unit Pembangunan Insan

• Melancarkan Akademi Doktor Muslim iaitu sebuah pusat latihan berorientasikan modul dan gerak kerja berkumpulan dengan menekankan aspek kepimpinan dan persatuan, pembinaan fikrah Islam, ilmu berkenaan fiqh perubatan dan mengasah pemikiran kreatif dan kriitis kearah melahirkan doktor qudwah

• Menyerapkan Madrasah Imam Nawawi ke dalam UPI bagi menyelaraskan segala gerak kerja dan aktiviti kearah membina modal insan.

• Mengadakan Jaulah ke Maqam-maqam Auliya bagi melahirkan rasa cinta dan rasa izzah sebagai seorang muslim.

• Melaksanakan aktiviti rehlah yang bersifat pembinaan kendiri untuk ahli-ahli Smart Circle

• Memanfaatkan medium elektronik untuk dakwah dengan memperbanyakkan video-video yang berbentuk kesedaran.

Unit Kebajikan
 
• Meletakkan Program Sambutan Mahasiswa/i Baru (PSMB)di bawah perancangan Unit Kebajikan

• Mengkaji sistem mushrif supaya pelaksanaannya lebih efisien dan menyeluruh

• Memperkasakan Tabung Kasih Sayang dengan memastikan pengumpulan dana dan sumbangan yang ingin diberi sampai kepada golongan sasaran.

Unit Penerangan dan Penerbitan
 
• Menjadikan MediaPERUBATAN sebagai unit khas di bawah UPP supaya penerangan dan penyampaian maklumat lebih jelas dan berkesan.

Unit Ekonomi

• Memperbanyakkan item-item jualan seperti baju berkolar, jaket, buku perubatan , ‘key chain’ dan lain-lain bagi menjana sumber pendapatan PCM.

Unit Sukan dan Aktiviti Luar (UniSAL)

• Menggalakkan ahli-ahli mengasah bakat dan minat masing-masing dengan menubuhkan kelab-kelab yang dipantau dan di’support’ oleh UniSAL

• Mempelbagaikan aktiviti yang bersifat hiburan seperti mengadakan Malam Apresiasi Seni dengan berlandaskan batas-batas syariat Islam.

Unit Perumahan

• Menjadikan ‘TZEINER’ iaitu sistem penyebaran risalah bercetak PCM sebagai unit khas di bawah Unit Perumahan

• Mengeluarkan senarai rumah-rumah yang telah di ‘blacklist’ agar ahli-ahli cakna dan terhindar daripada menjadi mangsa tuan rumah yang tidak bertanggung jawab.

• Mengeluarkan etika prosedur semasa memilih dan berpindah rumah. Hal ini supaya harga rumah di kawasan mahsiswa perubatan dapat dikawal dan supaya Unit Perumahan dapat membantu menyediakan tenaga bagi ahli-ahli yang ingin berpindah rumah terutama bagi siswi.

Unit Khas Bait Muslim

• Mengadakan Kursus ‘1 Step Towards Wedding’ untuk memberi kefahaman tentang hubungan pergaulan antara lelaki dan perempuan, rumah tangga dalam Islam.

Unit Khas JAKSI

• Berusaha memohon kepada pihak keselamatan Mesir untuk menempatkan polis di kawasan tempat tinggal pelajar Malaysia yang sering berlaku gangguan ‘sexual harassment’ dan memanjangkan isu ini ke pihak JPMK untuk mendapatkan solusi.

• Bekerjasama dengan Unit HIKMAH JPMK dan KBMK dalam menjayakan ‘Kempen Anda Bijak Jauhi Zina’

Sumber : Ahmad Azizi Md Jusoh

No comments:

Post a Comment