Kematangan siswa/i Masurah kini sedang diasah
Satu perkembangan positif dapat dilihat dari aspek siswa/i cuba berfikir, memahami,mencerna dan mengolah keadaan masyarakat lalu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk penulisan demi berkempen untuk calon pilihan hati masing-masing.
Masih ada yang peduli terhadap persekitaran. Syukur Ya ALLAH.
Sistem JPC tahun ini telah mendedahkan sedikit sebanyak sistem politik tanah air sebagai persediaan untuk kita pulang ke Malaysia dan menghidupkan suasana politik bersih di Malaysia. Bahkan kita tidak ketinggalan untuk turut sama mengecapi suasana yang dialami sahabat-sahabat yang berada di kampus tanah air ketika mana mereka menghadapi pilihanraya kampus.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada JPC dan seluruh warga Mansurah atas keprihatinan anda.
Merujuk kembali kepada 'title' yang tidak berapa 'hot' diatas,
Apa ada pada pengalaman??
Sekali imbas…ia hanya sebuah memori silam…kejadian-kejadian yang mengisi saat-saat dalam kehidupan sahaja sebenarnya…samaada dirancang mahupun tidak…tiada apa yang menarik untuk dibincangkan.
BENARKAH DEMIKIAN???
Difikir,direnung dan diteliti kehidupan…ku temui dan ku sedari…
sebenarnya…PENGALAMAN adalah HARGA SEBUAH KEHIDUPAN.
Pengalaman berharga akan diperoleh apabila disertai dengan pengorbanan yang tinggi.
Apabila jiwa bersedia bekorban untuk kesusahan..maka kita akan peroleh pengalaman menghadapi kesusahan.
Begitu juga jika hati bersedia berkorban untuk kesenangan dan kegembiraan orang lain…maka kesusahan dan kesedihan hati sendiri tidak lagi diambil peduli. Lalu pengalaman bersusah kerana orang lain menjadi memori dalam detik kehidupan kita.
Terzahir sedikit luahan yang cuba dikongsi bersama bakal-bakal pemimpin yang akan memacu kepimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah pada sesi hadapan.
Amat sukar untuk memilih calon pengerusi yang terbaik untuk diberi kepercayaan bagi menjadi nakhoda bahtera PCM 10/11 ini. Kedua-dua calon sama hebat dan sama mantap. Pastinya semua ahli inginkan yang terbaik dari ketua kita.
Manifesto yang diketengahkan juga menjangkau pandangan yang jauh dan cuba memajukan PCM secara keseluruhan sehinggakan slogan PCM FOR ALL saban waktu meniti di ruangan shout box blogger-blogger Mansurah.
Sedikit perkongsian hati dan perasaan bersama bakal pemimpin dan seluruh ahli PCM yang di rahmati ALLAH sekalian,
YANG TENGOK vs YANG MAKAN
Kisah 3 kanak-kanak kecil yang comel
Di kedai aiskrim fayoumi,Sikah Gadidah
*A: aiskrim ni best sangat!!
*B: cane ko tahu?
*A: tengok rupa pun aku tahu
*B: yeke??aku nak try la
*C: aku nak jugak la
-lalu makanlah si comel B
Belum pun sempat comel C membelinya tiba-tiba
*B: Uwekkk…pahit amat dan teramat ni ko kata sedap
-Langsung comel C membatalkan niatnya untuk turut merasa aiskrim tu
#moralnya disini :
1. Pemerhatian sahaja tidak cukup untuk kita mengkonklusikan sesuatu perkara itu dengan lebih tepat…
Jika sekadar menjadi pemerhati, bukan penggerak dalam gerak kerja persatuan secara langsung maka seseorang itu masih belum mampu menjiwai pembawakan dan menganalisis sesuatu keadaan dengan tepat.
2. Si comel B boleh lebih meyakinkan si comel C bahawa aiskrim tu sedap mahupun tidak kerana si comel B telah merasainya.
Individu yang pernah mengalami dan mempunyai pengalaman dalam gerak kerja persatuan lebih diyakini untuk membawa ahli-ahli ke arah perubahan yang lebih baik kerana pengalamannya dalam melihat pembawakan pimpinan sesi lalu yang perlu ditambah baikkan.
BERFIKIR UNTUK SURVIVAL PERUBATAN
Bakal pemimpin sekalian, setiap tindak tanduk kalian adalah tunjang kepada survival PERUBATAN selama mana wujudnya pelajar perubatan di bumi Mansurah ini khususnya dan seluruh Mesir amnya.
Mungkin perkara ini kurang mendapat perhatian masyarakat dalam memilih ketua kita.
Pemimpin PCM pada setiap sesi pemerintahan akan menjalankan amanah dan tanggungjawab denagn sebaik mungkin. Mereka ini diumpamakan seperti menyusun batu bata bagi pembinaan dan pengukuhan sebuah bangunan untuk berdiri teguh dari tahun ke tahun. Pembinaan dan pengukuhan persatuan ini tidak akan berhenti umpama pembinaan bangunan kerana saban hari dan waktu, tahun dan sesi keadaan yang dialami oleh persatuan itu berbeza.
Di sinilah perlunya PENGALAMAN, KEMATANGAN DAN KEBIJAKSANAAN pemimpin yang lebih atas lebih-lebih lagi pengerusi dan timbalan pengerusi untuk memacu PERUBATAN agar survivalnya terjamin dan tidak terkubur selepas berakhirnya sesi pemerintahan anda.
Bukan mudah berfikir untuk mengambil sesuatu keputusan. Kadang kala keputusan yang diambil kelihatan tidak relevan dan merugikan PERUBATAN di mata ahli. Pada hakikatnya kerugian sekarang memberi keuntungan pada masa hadapan.
Keuntungan ketika di bawah pimpinan pengerusi Saudara Ikram Ishak tahun ini adalah hasil pelaburan bijak yang dilaksanakan oleh pengerusi PCM pada tahun sebelumnya, Saudara Izzat Md Kamal dan begitu juga kerana bijaknya Saudara Syafi seawal penubuhan cawangan PERUBATAN di Mansurah menyebabkan keuntungannya dirasai saat saudara Izzat memerintah. Maka, Pengerusi perlu berpandangan lebih jauh kehadapan seolah-olah dia akan menjadi pengerusi selama 10 tahun.
Elakkan meletakkan kepentingan diri dan menonjolkan kehebatan semasa sesi pemerintahan masing-masing tetapi pengakhirannya tidak dapat menjamin keteguhan persatuan PERUBATAN yang kita sayangi.
Maka untuk bijak membaca pasaran saham di dalam berpersatuan seperti yang diolah di atas, nilaian harga PENGALAMAN itu terlalu tinggi yang tiada siapa boleh menukar gantikan dengan mata wang…
kerana HARGA SEBUAH PENGALAMAN adalah PENGORBANAN DALAM KEHIDUPAN.
Bersambung…
Coretan ini ditujukan kepada semua bakal peneraju PCM 10/11 dan ahli PCM kerana saya masih di belakang kalian dan sayangkan persatuan PERUBATAN.
SAYANGI PERUBATAN, SAYANGI PCM!!!
Aku yang menyayangi PCM,
~Syamilah Mohamad
http://gadisberbajubiru.blogspot.com
No comments:
Post a Comment