Salam perjuangan,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dan keampunan dipanjatkan ke hadrat-Nya, masih bernyawa lagi dalam ni’mat dan limpah kurnia Iman dan Islam. Semoga terus konsisten memegang amanah ini sehingga ajal menjemput tiba.
Masyaallah!
Saya berasa sungguh terkesan dengan komitmen dan ke-peduli-an sahabat-sahabat dalam PCM menjelang pilihanraya cawangan Mansurah tidak lama lagi. Seperti yang semua maklum, calon-calon yang akan akan bertanding sudahpun direleasekan, melimpahi kerusi-kerusi yang ada untuk membentuk saf kepimpinan PCM bagi sessi akan datang. Agak terkejut sebenarnya, dengan sistem pemilihan baru yang mana memberi peluang kepada semua ahli untuk sukarela menawarkan diri, saya pada mulanya bimbang kerusi tidak dipenuhi, tapi sekarang nyata tidak mencukupi.
Lantas menyangkal beberapa dakwaan bahawa PCM makin pudar keterlibatannya oleh mahasiswa/i Sains Kesihatan Mansurah. Masih ramai yang menghulur tangan, bahkan meng-infakkan diri dalam memastikan PCM terus gah berdiri, tiada lain semata-mata kerana merasai kebersamaan ‘Berkeluarga dalam PCM’ –PCM For All. Syabas buat kalian.
Saya sedia membantu.
Bila diaju pertanyaan kenapa muka saya turut melengkapi barisan calon-calon yang bertanding,tiada lain jawapan yang ingin saya berikan, “PCM telah banyak membentuk saya sepertimana yang anda lihat hari ini.”
Jangan menafsirkan jawapan saya seolah-olah PCM lah yang telah mendidik dan memberikan segala keperluan dan kemahiran yang saya ada, sehingga melangkaui didikan dan tarbiyah daripada kedua ibu-bapa, guru-guru di sekolah, imam dan bilal di masjid serta tangan-tangan lain yang telah banyak menyentuh penghidupan saya.
Sebaliknya ingin saya akui bahawa PCM-lah platform yang memberi saya peluang untuk mengemaskan diri, mengimplimentasi segala kemahiran dan pengetahuan, menyuluh saya supaya bermatlamat dengan jelas, dan di sini juga cinta saya pada ilmu berputik malah lebat berbuah hendaknya. Tidak keterlaluan untuk saya berkata sedemikian, kerana saya merasakan diri saya sebahagian daripada komuniti ini, sebahagian dari anda semua!
Kita umpama satu keluarga mega, saling mengukuhkan.
Saya sedar ini bukan acara ‘Cari Menantu’ atau ‘Pertandingan Sorak’. Siapa hensem dia menang. Siapa paling famous dia mengungguli kedudukan.
Bagi saya, berada di dalam kepimpinan umpama satu musibah, molek natijahnya kalau dipenuhi amanah yang dibawa, dan sudah tentu buruk padahnya kalau cakap dan bikin tidak serupa.
Suka juga untuk saya memberi pandangan mengenai pemilihan calon Pengerusi PCM yang baru, tapi elok rasanya saya tangguh untuk post yang seterusnya. Antara 3R dan 3K, insyaAllah hasrat saya ingin membantu sahabat-sahabat semua membuat penilaian dan pemilihan terbaik.
“Pernah suatu ketika, berjalan saya di Tanah Melayu sana, hingga tiba di sebuah desa, lebat sungguh kata-kata ketuanya, tapi kemarau memanjang juga… terlihat saya sekolompok rakyatnya, berpayung mesra berukhuwah bahagia, berbisik mereka, tapi lantang suaranya!”
Sekadar di sini, semboyan buat kalian sudah berbunyi… ayuh keluar mengundi!
p/s : post ini agak lama di dalam draft kerana masalah internet. Semoga diberi kemudahan.
Wallahu’alam.
http://dikyeh.blogspot.com/2010/11/pilihanraya-pcm-semboyan-untuk-ahli.html
No comments:
Post a Comment