Tuesday, November 23, 2010

Mr Clean


Saya dahulukan posting saya kali ini dengan sebuah video. Minta sahabat-sahabat ahli pcm tonton dahulu sebelum menyambung pembacaan posting saya..


Mr Clean dan Kejayaan

1. Pak Lah, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 5, dipilih untuk memimpin UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional Malaysia disebabkan faktor rekodnya yang bersih dari sebarang unsur-unsur kontroversi dan rasuah.

Ciri-ciri itu membolehkan Barisan Nasional meraih kepercayaan dan keyakinan ahli-ahli UMNO, rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional serta rakyat Malaysia

Atas faktor itu, Barisan Nasional mampu meraih kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Malaysia pada tahun 2004, mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional selepas dibadai reformasi.

2. Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz terus bertahan sehingga 20 tahun. Meskipun di'himpit' oleh pihak-pihak tertentu dalam menguruskan kerajaan negeri, rakyat negeri Kelantan terus memberikan undi kepada PAS untuk memerintah Kelantan.

Antara faktornya adalah faktor Nik Aziz itu sendiri yang boleh kita gelarkan juga sebagai Mr Clean. Sehinggakini tiada siapa yang dapat membuktikan bahawa Nik Aziz terlibat dalam rasuah dan salah urus pentadbiran.

Mr Clean PCM

1. Sejak diawal penubuhan PCM sehingga sekarang, PCM sering dibadai ombak kontroversi, adakalanya ia menghampiri tsunami kontroversi dan Alhamdulillah di atas tindakan cekap kepimpinan PCM semasa dan terdahulu, PCM terus bertahan membina asas seterusnya mengukuhkan pasaknya.

2. Apabila PCM dilanda kontroversi, kadang-kadang ia akan turut mencalit kepimpinan PCM. Tetapi, terdapat di kalangan pimpinan PCM yang bertindak matang untuk tidak turut tercalit. Antara pimpinan ini, ialah Ahmad Azizi b Md Jusoh, calon Pengerusi PCM sesi 2010/2011.

3. Ciri-ciri inilah yang diperlukan untuk membersihkan imej PCM di kalangan ahli pcm mahupun pihak luar. Sesiapapun pasti tidak mempunyai masalah untuk berurusan dan berinteraksi dengannya.

4. Dengan imejnya yang bersih, pasti beliau dapat melonjakkan usaha menarik mahasiswa Malaysia di Universiti Mansurah daripada pelbagai kursus dan latar belakang sekaligus memudahkan PCM menyalurkan bantuan akademik dan kebajikan kepada mereka.

5. Unsur ini juga adalah penting, kerana imej 'Mr Clean' akan meningkatkan kepercayaan barisan exco-exconya terhadapnya mengetuai kepimpinan PCM. selain menjadi contoh kepada ahli-ahli PCM.

Seruan saya

Undilah Azizi untuk Calon Pengerusi PCM
Kualiti, Kebajikan dan Kebebasan

PCM for All

note:

1. terima kasih kepada ***** yang sudi merakam video


http://mafiasoleh.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment