Friday, November 19, 2010

PCM for ALL


alhamdulillah,

1) PERUBATAN sudah melangkah setapak kehadapan apabila memperkenalkan sistem pemilihan jawatankuasa baru. Biarpun masih terdapat beberapa kelemahan pada pandangan saya, namun ia sudah cukup untuk membuktikan PERUBATAN dan PCM sudah bersedia untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berdaya saing, bersedia, kental terhadap ujian mental khususnya.

2) Jika kita lihat pada muka-muka baru dalam pemilihan kali ini, cukup untuk membuktikan PCM masih mempunyai pengaruh yang kuat selain pelapis-pelapis yang sedia untuk bekerja dan berkorban untuk PCM. Ini sekaligus menolak tanggapan bawaha PCM 'syok sendiri' dan akan terkubur dalam masa beberapa tahun lagi.

3) Peningkatan calon dari kalangan kursus perubatan mansoura-manchester di dalam senarai ajk dan kesediaan Qatrnada untuk berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi II PCM membuktikan PCM bukanlah milik perubatan konvensional sahaja tetapi milik semua. Malah saya sendiri menyokong jika di masa hadapan ajk-ajk PCM majoritinya terdiri daripada mansoura-manchester malah pengerusi PCM sekalipun.

4) Muka-muka lama selaku hardcore dan orang kuat PCM mengambil jalan memberi laluan kepada muka-muka baru. Tiada istilah PCM dimiliki oleh batch-batch tertentu. Tiada istilah tamak jawatan. Saya yakin meskipun mereka bukan lagi berdiri di dalam AJK PCM, mereka akan terus menyokong, mendokong, menasihati muka-muka baru.

5) Kali ini calon-calon PCM bukan lagi dimonopoli oleh negeri-negeri tertentu. Prinsip dan pembawakan PCM terbukti sesuai untuk semua negeri sekaligus menolak tanggapan PCM milik 'ore kelate'.

6) Mereka juga terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Variasi yang amat penting dalam mendekati setiap ahli yang juga pelbagai.

7) PCM memegang prinsip demokrasi dengan membenarkan ahli-ahli bertanding merebut jawatan AJK termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi II. Tiada sekatan. PCM milik ahli dahulu, kini dan selamanya. Setiap ahli berhak menyuarakan pandangan, komen dan kritikan, bertanding, berkempen, mengundi calon pilihan masing-masing.

8) Tidak kurang pentingnya, calon-calon PCM kali ini juga terdiri daripada semua ajensi dan tajaan. PCM tidak pernah membezakan mereka yang datang melalui siapa pun, yang penting mereka adalah penuntut malaysia di Universiti Mansoura. Kebajikan dan akademik mereka akan terus diambil berat dan dibantu.

9) Perbezaan ideologi sangat membantu dalam mengukuhkan PCM. Biarpun terdapat mereka yang berbeza pandangan politik dan jemaah, tetapi di bawah payung PCM mereka bersatu. PCM amat meraikan pandangan dan perbezaan ideologi asalkan tidak tergelincir daripada perlembagaaan PERUBATAN.

10) PCM tidak bergerak keseorangan, networking yang merangkumi mansurah, alexandria, tanta dan zagazig ini berpusat di Kaherah. Gerak kerja di setiap muhafazah dikongsi bersama. Setiap penyelesaian masalah yang timbul dan aktiviti yang mempunyai titik persilangan dibincangkan dan diaplikasikan di setiap muhafazah.

11) Sejak di awal penubuhan sehinggakini, PERUBATAN (termasuk PCM) dinaungi oleh JPMK. Hubungan yang baik antara dua pihak ini meningkatkan keberkesanan PERUBATAN untuk menyalurkan kebajikan kepada semua mahasiswa/i perubatan, pergigian dan farmasi. Kerajaan Malaysia melalui JPMK akan merujuk PERUBATAN sekiranya memerlukan informasi dan bantuan berkenaan mahasiswa/i perubatan, pergigian dan farmasi.

12) PCM melalui aktiviti dan program samada berbentuk berkala atau tahunan terus menerus berusaha melahirkan modal insan yang cemerlang. Smart Circle, Ceramah Motivasi, Kelas Agama Mingguan, Jaulah, Sukan akan terus dipergiatkan selain diperbaiki kelemahan.

13) Akhir sekali dan terpenting, agenda dan fokus terhadap akademik tetap menjadi fokus pertama selari dengan agenda pembangunan modal insan seorang bakal doktor muslim. Kepimpinan PCM tidak pernah menjadikan kesibukan dalam berkhidmat menyebabkan mereka gagal dalam akademik. Segala Puji bagi Allah yang mengurniakan rezeki kepada hamba-hambanya yang berkhidmat kepada NYA, semua AJK PCM berjaya lulus ke tahun seterusnya.

Sekian. PCM for ALL.

http://mafiasoleh.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment