Tuesday, November 23, 2010

PENGKUALITIAN

Kualiti, kebajikan dan kebebasan  menjadi agenda utama dalam kempen saudara Azizi.  Apa  yang dimaksudkan dengan ‘kualiti’? Soalan ini sengaja saya lontarkan kerana saya rasa ramai tidak memahami erti  kualiti , kabur istilahnya dan gagal memahami apa yang ingin dimaksudkan oleh calon pengerusi  mengenai manifesto yang beliau bawa.

Perkataan kualiti  yang digunakan oleh saudara azizi  ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan mahasiswa/mahasiswi dan persatuan. Ia mempunyai makna sangat luas.

Jika dikaitkan kepada pembaikan  sistem pentadbiran persatuan, maka kata kualiti  itu merujuk  pembaik pulihan  dalam pembangunan setiap unit . Ini bermakna kualiti  mengandung makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan cara atau corak yang jelas. Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap mengikut perancangan.

Kualiti itu bermaksud  cemerlang dalam segala aspek. Demikian, dalam usaha membangun dan menjadikan mahasiswa/mahasiswi mansurah cemerlang dari segala aspek,  maka agenda kualiti  menjadi sangat mendesak. Sedarlah kita selaku pelajar perubatan sangat memerlukan kualiti.


Usaha melaksanakan pengkualitian  membabitkan seluruh ahli . Ia bukan satu haluan yang mementingkan unit-unit tertentu. Ahli  diberi harapan dan perubahan selari dengan objektif, maksud dan tujuan kualiti itu sendiri.

Satu lagi perkara perlu difahami ialah untuk menjayakan kualiti  bukan hanya terletak di bahu pengerusi semata-mata. Ahli-ahli PCM   harus membabitkan diri secara aktif dalam menjayakan pembaikpulih kualiti. ini . kita  harus didorong untuk memikul sama usaha menjayakan pengkualitian ini. Sekaligus menjadi pengukuh kesatuan.

Justeru, marilah kita  menjadi ahli-ahli yang  inovatif, kreatif dan produktif.  Elemen inovatif dan kreativiti harus menyerap dalam seluruh unit PCM.

Jelas, makna  kualiti  terletak pada perubahan bentuk atau penampilan yang holistik supaya keberhasilan pengkualitian  dapat menzahirkan impak yang berskala luas merangkumi setiap unit di dalam PCM.

Apa yang penting sekarang? Marilah kita seluruh mahasiswa/mahasiswi mansurah mengundi saudara Azizi. =)







sumber : Kue Koci

No comments:

Post a Comment