“Rupa-rupanya PCM masih ada dalam hati kita.
Masih diterima. Masih disayangi. Masih dijuangkan.”
Kerana apa saya kata begitu?
Bukti?
Lihat sahaja gelagat kita, sibuk berkempen sana-sini, dan kesemuanya atas satu sebab yang sama, melantik pemimpin yang bakal menerajui PCM pada sesi akan datang. Tidak kira pengajian, tahun, tajaan, ajen, semuanya sibuk berkempen dengan calon pengerusi pilihan masing-masing.
Tahniah, kerana kesatuan di bawah
bumbung PCM yang kita mahukan!
Ambillah pengajaran daripada tujuan Allah SWT menciptakan manusia ini:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا
وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Al-Hujurat 49:13).
Maka Islam memandang tinggi dan memberi kemuliaan di atas semua perbezaan, asalkan mereka beriman dengan Allah SWT. Memahami ciptaan Allah itu, saya dapati saudara Azizi, calon pengerusi kita telah memberi kesanggupan untuk berkhidmat kepada semua warga Mansurah, tidak kira pengajian, tahun, tajaan, dan negeri.
Saya tampilkan beberapa persoalan agar kita tanya diri kita sendiri dan renungkan:
(Minta maaf atas kesalahan tatabahasa dan penggunaan perkataan yang tidak formal)
1. Soalan pertama, saya mahu tanya pembaca, kenapa tak mahu pilih saudara Azizi?
2. Adakah sebab saudara Aizizi ni orang lama PCM?
3. “Azizi ni tahun 3, umur tak matang lagi, baik pilih yang lagi tua.”- Ouh, kalau macam itu, kita tariklah kelayakan pemain-pemain bola sepak negara kita, dan kita beri pada yang tua-tua kalau pemilihan calon itu diukur mengikut umur.
4. Ingat yer, mcm dalam pasukan bola, mestilah kena pilih pemain yang memang dah mahir, yang dah training lama, yang dah lama main bola sepak. Mana boleh kita tarik orang baru dengan sesuka hati tanpa sebarang training, tiba-tiba masukkan dia dalam first team. Nak rancakkan cerita, jadikan pemain baru itu sebagai kapten pasukan. Tak ke pelik namanya itu?
5. Azizi dah pegang EXCO Unit Pembangunan Insan (berat tu tanggungjawab), dan kita lihat dia handle UPI dengan mantap sekali tahun ini.
6. Atau mungkinkah gerak kerja PCM selama ini lambat? Bercakap mengenai cekap tak cekapnya kerja, penting atau tidak kualiti? Kualiti, saudara Azizi kita juangkan.
7. Atau pilih sebab suka hati, terpengaruh dengan ajakan kawan?
8. Atau sebab pemimpin ni tak boleh nak ‘blend in’ dengan kita?
9. Kita pilih pemimpin sebab perwatakan dia sama dengan kita (boleh masuk, atau blend in), atau kita pilih pemimpin sebab kita nak jadikan dia sebagai orang yang boleh diikut (perwatakan yang lain dari kita)?
10. Adakah saya tuduh calon lain tak baik? Tidak. Saya tak menyebut begitu. Dan seribu kemaafan saya dahulukan jika terdapat kasar bahasa.Undilah dengan tepat, tidak kiralah siapa pilihan hati anda.
11. Kita melihat pada kematangan pemikiran. Beribadatlah dalam undian, kerana undian anda akan disoal oleh-Nya.
12.Apa-apa pun, sematkan dalam hati, siapa pun calon pilihan anda, yang penting sokong atas dasar pengukuhan PCM, mengundi atas persatuan, bukan undi individu.
13.Tetaplah menyokong PCM sebelum dan selepas, sokonglah PCM walau siapa pun ketuanya nanti. Jangan sampai calon pilihan hati kita kalah, kita sendiri pun mengalah dengan PCM.
Sekian, wallahualam.
sumber : http://zakizainalabidin.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment