Assalamualaikum…
Alhamdulillah..
Bahang kepanasan pilihanraya PCM semakin hangat. Ditambah pula dengan system baru yang secara peribadinya saya rasakan ianya akan mematangkan lagi PCM. Juga terdapatnya pertandingan disemua peringkat. Mulanya, bila saya melihat akan system baru, hati saya sedikit gusar. Gusar lantaran takut sekiranya tiada siapa yang sanggup untuk dirinya dicalonkan. Namun bilamana JPC mengeluarkan senarai calon, saya terkejut, kerana terdapat jua pertandingan. Ini menunjukkan minat ahli untuk mengemudi PCM itu semakin bertambah.
CALON PENGERUSI.
Saya ingin sentuh dahulu mengenai calon pengerusi. Kerana saya tahu ianya jawatan yang terpenting dalam PCM. Saya tahu kerana saya alami sendiri.
Kedua-dua calon merupakan adik-adik saya yang sangat saya sayangi. Jadi teramat susah untuk saya sendiri memilih yang mana akan saya undi. Namun saya yakin yang paling layak akan dipilih untuk memegang amanah ini.
Sebenarnya saya agak takut untuk mengemukan pendapat saya terhadap kedua-dua calon ini. Takut akan mengguriskan hati-hati mereka, namun saya optimis bahawa ukhuwwah yang telah dibina sebelum ini dapat dibezakan dengan prinsip.
Kedua-dua calon mempunyai kelebihan dan kelemahan yang saya sendiri pernah saksikan. Namun kelemahan yang mereka miliki bagi sayia tidak menghalang mereka daripada memegang amanah ini. Tapi mereka perlu berusaha agar kelemahan yang mereka miliki itu tidak membantut gerak kerja mereka dalam memandu PCM kearah yang lebih baik.
PEMBAWAKAN
Jika dilihat kepada pembawakan mereka (dinilai setelah saya menghadiri proses pengenalan calon), maka saya dapat simpulkan pembawakan mereka inginkan hampir-hampir sama, mungkin sahaja perkataan yang ditukar. Iaitu membawa PCM kearah yang lebih baik dari sebelum ini.
Setiap pemimpin ada pembawakan masing-masing. Disebabkan matlamat pembawakan mereka hampir sama, maka cara pembawakan pula menjadi pilihan untuk seterusnya. Siapakah yang anda yakin cara pembawakan mereka lebih berkesan atau lebih cepat untuk mencapai matlamat pembawakan mereka. Itulah yang akan anda undi.
KECEWA
Secara jujurnya saya sedikit kecewa melihat segelintir penyokong yang bersemangat untuk memastikan calon-calon mereka menang. Kekecewaan saya berkisar akan mereka yang memandang rendah usaha-usaha yang dilakukan oleh pimpina sekarang dan yang terdahulu. Pandangan mereka ini sememangnya memberikan sedikit kekecewaan kepada pimpinan. Jika mereka memandang rendah kepada saya sahaja, saya tidak kisah sangat. Kerana mungkin itu kelemahan saya. Tetapi bilamana ianya dituju kepada pimpinan PCM yang baru atau yang lama, secara automatiknya, semua terkena. Jadi secara langsung mereka (pimpinan) yang buat kerja dengan baik pun akan dinilai buruk.
Maaf jika saya menulis seolah-olah saya masih lagi menjadi pimpinan PCM, namun status saya sebagai bekas pimpinan, saya merasakan saya layak untuk menulis mengenai perkara ini.
Tidak salah untuk mengkritik pimpinan. Tapi pastikan kritikan itu benar-benar ikhlas ingin melihat kepada perubahan akan datang. Bukannya merendahkan orang lain untuk menaikkan orang lain. Kritikan juga disuruh dalam ISLAM, namun anda kena pastikan bahawa kritikan itu bebas daripada segala unsure-unsur fitnah. Jangan terlalu ghairah menceritakan kelemahan orang lain yang anda sendiri pun tidak tahu, adakah kelemahan itu memang kelemahan peribadi ataupun ada faktor lain yang menyebabkan kelemahan itu muncul.
Jika anda tidak pasti, maka jawapannya mudah sahaja. Pastikan perkara itu kepada orang yang berhak sebelum anda menyebarkan kritikan berunsurkan fitnah itu kepada orang lain.
Sekali lagi saya jelaskan, saya sukakan kritikan tetapi saya bencikan kritikan yang bercampur dengan fitnah dan mereka yang menyebarkan kritikan itu tanpa merujuk kepada yang berhak.
Maaf saya agak beremosi bila menyebut akan perkara ini!
SOKONG INDIVIDU
Satu perkara yang positif saya lihat dalam pilhanraya kali ini. Ada seorang sahabat saya yang saya kenalinya sebagai seorang yang anti-PCM, tiba-tiba boleh berubah untuk menyokong salah seorang daripada calon Pengerusi. Alhamdulillah, mungkin hatinya sudah terbuka untuk menjadi aktivis PCM pula selain daripada aktivis jemaahnya.
Namun apa yang timbul dalam pemikiran saya, sekiranya calon yang dia inginkan itu kalah, apakah tindakannya? Terus memberi wala’ kepada pimpinan yang lain atau berpaling, kemudian menjadi anti-PCM sehinggalah calon yang dia minati itu menang. Sekiranya jawapannya yang kedua, maka saya teramat kecewa. Dia hendakan PCM kerana peribadi pemimpin bukannya prinsip PCM yang dibawa. Dia akan menyokong individu itu sahaja, bukannya menyokong PCM.
AHLI PCM
Terbaca status Facebook seorang sahabat saya, “sokong calon sekian akan membuatkan PCM ini terus kekal”. Bagi saya sokong salah seorang daripada calon-calon ini sememangnya akan mengekalkan PCM dengan izin ALLAH. Tetapi sikap kita sebagai ahli perlu juga berubah agak masa depan PCM mendatang. Adakah kita harapkan perubahan itu datangnya dari kalangan pimpinan sahaja, tanpa perubahan dari peringkat akar umbi?
Jadi jika anda semua sayangkan PCM, mahukan PCM terus kekal. Anda juga perlu berubah. Sekiranya sebelum ini anda liat untuk memberi sebarang pertolongan untuk PCM, maka selepas ini anda perlu ringan-ringankan tulang untuk membantu PCM.
Jika sebelum ini anda kedekutkan wang dan masa anda untuk PCM, maka selepas ini anda perlu jadi pemurah wang dan masa untuk PCM.
Andainya perubahan yang anda mahukan, mulakan dengan diri anda dahulu.
AKHIRNYA
Saya masih lagi memerhati antara 2 calon pengerusi ini. Manakah yang paling terbaik untuk amanah yang besar ini. InsyaALLAH sekiranya ada saya akan kongsikan bersama-sama dengan anda semua akan pendapat saya itu.
Apa-apa pun saya suka melihat persaingan sihat ini dapat diteruskan sehinggalah kepada hari pengundian.
Sama-samalah kita doakan agar diberikan bantuan untuk memilih salah seorang untuk menjadi ketua bagi kita semua. Ketua untuk persatuan yang melambangkan kesatuan kita semua. Amin ya rabb.
Wallahu’alam
http://izzat-kamal.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment