Assalamualaikum.
Salam Mujahadah untuk semua.
Mungkin ada yang mengira, tajuk post kali ini saya tujukan untuk isteri saya. Tetapi sebenarnya tidak. Kisah rumah tangga kita simpan dilain waktu. Kali ini kita bicara tentang calon pilihanraya.
Saya dapatkan nyatakan disini, Mansurah paling terkehadapan dalam membina suasana politik mahasiswa yang tulen, berbanding cawangan lain.
Saya jangkakan, 1 tahun mendatang, Perubatan Cawangan Mansurah, akan berubah sosial budaya dan politiknya, dan akan mirip kepada politik kampus di Malaysia. Pengalaman 2 tahun dalam arena politik kampus di Malaysia dahulu, membuatkan saya jadi 'ngilu' atau meremang bulu roma. Apa tidaknya, saya pernah dikejar polis kampus sejauh 10 km, kena fitnah itu dan ini, diugut buang kolej dan macam-macam lagi asam garam politik kampus, saya kira itu hanya sekelumit pahit manis pengalaman berbanding kawan-kawan saya yang lain di Kampus sana. Takdir Allah pada tahun ini, pilihanraya PCM kali ini sudah mula berbau aroma politik kampus Malaysia. Aroma semangat, saya tak resah, tetapi aroma licik dan muslihat buat saya jadi jijik. Di shout box, diblog-blog dan semestinya Facebook dah ada makhluk yang bermain kempen ala-ala cowboy. Cowboy zaman kereta api arang, kalau tak dapat anak dara orang, ditembak ayah si dara pun dah cukup. Calon A tu puppet, calon A tu lembap, Calon A tu bodoh akademik. Calon B tu sekular, Calon B tu tak hensem.
Hampeh!
Nak pesan sikit, masing-masing tolong jaga penyokong. Diharap siapa yang terlibat sila berfikir matang sedikit ataupun secukup rasa. Tak lupa kepada mangsa provokasi, cukuplah dibodoh berkali-kali.
Orang Tanya?
Dalam inbox email dan facebook saya ada beberapa email bertanyakan kepada saya, siapa calon Pengerusi pilihan saya, ada yang sampai call pada pukul 2-3 pagi semata-mata nak bertanya, siapa calon Pengerusi pilihan saya?.
Jawapan saya, begini.
Pada sahabat kita yang lain, mungkin kehairanan. Apa yang dasyat sangat sampai nak tahu undi kita untuk siapa. Pertama anda perlu faham, setiap yang bertanya, mengharap petunjuk dari kita, dalam bahasa matematik dipanggil BANCI. Kedua, ada yang bertanya dengan harapan, untuk mejemput kita berada dibelah pihak mana. Macam main polis-polis zaman kanak-kanak dulu.
" Nak jadi Polis? atau Perompak?"
Oleh itu, tak mengapa, saya faham dan saya tak marah walau ada yang bertanya berkali-kali, hakta pada pukul 1-2 pagi. Semata-mata nak tahu nama calon.
Berbalik pada siapa calon Pengerusi pilihan saya.
Jawapan saya,
AHMAD AZIZI MD JUSOF
Jelas dan terang, tanpa ragu-ragu, sembunyi, cuak, resah, takut berat sebelah, dan lain-lain. Azizi Jusof calon pilihan saya. Ada kawan-kawan saya yang juga merangkap mantan pimpinan PCM, takut nak menyatakan sebarang sokongan pada mana-mana calon apatah lagi nak berkempen,semata-mata takut dituduh tukang 'paksa' atau pelobi gelap kerusi panas PCM. Cuak ya?
Saya Pilih Azizi Diatas Dasar Kefahaman.
Manifesto yang meletup, janji manis luar biasa, lidah yang tajam, tangan yang dihayun cantik tidak menjadikan
saya buta nilai dalam menentukan pilihan saya. Azizi dalam ucapan manifestonya, ketika ditanya, benarkah dia calon boneka? Jawapan Azizi ialah dia memilih bertanding kerusi Pengerusi di atas kefahaman . Maka wajib kepada sesiapa menyokong Azizi mesti diatas dasar kefahaman.
Saya ada kisah, yang membuatkan saya yakin untuk memilih Azizi sebagai calon pilihan.
Saya ada kisah, yang membuatkan saya yakin untuk memilih Azizi sebagai calon pilihan.
Pernah pada suatu mesyuarat muhasabah exco yang mana saya turut hadir, ada satu soalan yang ditanya kepada kami semua tentang apakah perkara yang mahu dimuhasabahkan bersama, sepanjang memegang amanah dalam PCM?
Setiap yang hadiri dalam mesyuarat itu mesti bersuara. Dan apabila tiba pada giliran Azizi, muhasabahnya sangat berbeza dari yang lain.
"Sepanjang saya jadi exco, perkara yang paling saya sedih ialah, saya tak dapat nak 'maintain' solat subuh berjemaah di masjid. Dan banyak amalan sunat yang saya tertinggal Dan saya sedih, jika sepanjang kita jadi exco ini, kita tidak serius, sedangkan banyak perkara yang telah kita korbankan."
Pimpinan mesti solat subuh berjemaah di Masjid. Itu kesimpulan saya.
Mungkin, teori solat subuh berjemaah di masjid dianggap leceh dan kecil. Tapi teori yang sama inilah yang diguna oleh pimpinan dan jeneral empayar Islam terdahulu.
Kisah kedua.
Si Azizi Jusof, sudah hampir 3 tahun tidak pulang ke Malaysia, dan setiap tahun, di setiap cuti summer. Dia tak pernah terlepas menjadi ajk itu ajk ini. Itu contoh semangat yang luar biasa. Tak ramai yang sanggup menjadi ajk berulang-ulang kali dalam tempoh cuti yang paling berharga untuk rehat. Jadi ajk atau exco bermakna anda akan kehabisan wang, penat dan sebagainya.
Kisah Ketiga
Pemikiran Azizi, dalam shout box, bersepah-sepah makhluk yang mengutuknya, kononnya Azizi aliran pemikiran lama, idea tiada logo bernas, dan macam-macam lagi. Bak kata peribahasa,tuduhan tanpa hujah ibarat lembu gila tanpa tali. Saya sering sebutkan dalam pelbagai post saya sebelum ini, apabila kita hendak menilai pemikiran seseorang individu, kita memerlukan test drive, seperti kereta. Pemimpin yang hendak diletak dihadapan, mesti diuji terlebih dahulu. Siapa yang hadir pada malam pengenalan calon baru-baru ini pasti dapat memahami apakah wajah sebenar Azizi.
Kisah Keempat
Jatuh ke hati, siapa yang biasa bercakap dan mendengar ucapan Azizi, akan biasa dengan istilah ini, butir-butir katanya sering membuat hati pendengar bertukar bekas yang menyimpan kata-katanya. Pada malam pengenalan calon, saya pulang ke rumah, dan bercerita kepada isteri saya, tetang ucapan Azizi pada malam itu. Kata isteri saya, " Azizi, kalau dia bercakap, kata-katanya akan sampai ke hati pendengar".
Tamat.
Perubahan Dan Revolusi.
Saya teringat akan tulisan Al-Ustaz Said Hawwa dalam kitab Jundullah, katanya, untuk mencipta sebuah perubahan dan kemenangan didalam umat Islam, kita memerlukan berkat dan rahmat dari Allah. Dan rahmat Allah itu turun apabila ada dicelah umat manusia itu kelompok atau individu yang begitu hampir disisi Allah.
Dalam mencari pimpin, saya lebih memilih kepada nilai agama sebagai value utama dalam penentu pilihan. Kerana saya berpegang.
"Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan Mengajar kamu tetang apa yang kamu tidak tahu".
Walau pada mata kita individu itu buruk pada fizikalnya dan luaranya, tetapi kebaikan agamanya akan mencukupkan kekurangan yang ada.

http://hijaudamai.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment