Friday, November 19, 2010

Penilaian Pengerusi



Kita menghampiri cukup 3 hari tempoh berkempen, dan keesokkannya Calon-calon AJK PCM akan mula berkempen secara rasmi di Hari Pengenalan Calon, meninggalkan baki kemudiannya selama 7 - 8 hari untuk berkempen sebelum hari pengundian pada 25 dan 26 hb.

Kita telah saksikan satu calon telah mula berkempen dengan manifestonya dan satu calon lagi mengambil pendekatan 'berdiam diri' dahulu. Mungkin kerana itu, saya masih tidak lagi menyatakan calon pilihan Pengerusi saya kepada umum.

Jesteru itu, saya menyeru kepada semua ahli yang layak mengundi untuk bersikap adil dengan menilai manifesto dan kemampuan dari dua pihak. Kemudiannya buatlah keputusan sebaik mungkin.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada JPC kerana membuka ruang demokrasi seluas-luasnya. Juga kepada ahli-ahli yang bersedia untuk berkhidmat menjadi calon terutamanya calon Pengerusi.

Bagi calon Timbalan Pengerusi II, saya tidak mengambil berat sangat, kerana sudah 'terang lagi bersuluh' siapa yang akan menang. Bagi calon-calon AJK PCM lelaki dan perempuan, tidaklah sepenting Pengerusi dan juga saya lihat kesemua yang dicalonkan berkemampuan. Sedikit masa lagi kita akan saksikan calon-calon pilihan saya.

Saya merasakan pendirian saya akan mempengaruhi. Jika ya, baguslah. Jika tidak, abaikan.

PCM for All.

http://mafiasoleh.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment